KERAJAAN telah mengumumkan pelbagai kelonggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengawal dan mengekang penularan wabak COVID-19 terutamanya bermula 1 April yang lalu apabila negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
Malahan, pengumuman oleh Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan pada 27 April lepas menyaksikan beberapa teras utama protokol kesihatan awam yang sebelum ini diwajibkan dan diwartakan telah ditarik semula bermula 1 Mei.
Antaranya, pemakaian pelitup muka yang dahulunya diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos 2020, kini hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan (indoor) dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing sahaja.
Begitu juga dengan penjarakan fizikal pada jarak 1 meter di antara individu tidak lagi diperlukan berikutan kebenaran penggunaan 100 peratus kapasiti ruang untuk semua aktiviti ekonomi dan sosial.
Bukan itu sahaja, bahkan aktiviti bersalaman yang telah menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia turut dibenarkan.
Selain itu, aktiviti mengimbas kod QR MySejahtera apabila memasuki mana-mana premis yang dahulunya bertujuan untuk pengesanan kontak, sudah tidak lagi menjadi satu keperluan.
Pengumuman tersebut disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dan dikatakan satu keputusan yang tepat khususnya apabila ia dibuat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Namun begitu, semua kelonggaran ini bukanlah titik akhir sebuah perjalanan, sebaliknya ia merupakan satu permulaan dalam perjuangan sebenar menentang COVID-19 dalam kalangan masyarakat itu sendiri.
Hal ini kerana, musuh yang tidak kelihatan dan sedang kita depani ini masih berlegar di sekitar kita, dan lebih membimbangkan ia terus berevolusi dengan penemuan varian-varian baru yang lebih cepat merebak (super spreader) serta lebih mudah menjangkiti.
Dalam masa yang sama, bermula 1 Mei semua langkah bagi mengelakkan dari dijangkiti virus ini terletak sepenuhnya di tangan masing-masing.
Sebagai contoh, dengan pewartaan undang-undang pemakaian pelitup muka sebelum ini adalah wajib di semua tempat awam. Dalam erti kata yang lain, mahu tidak mahu semua orang perlu memakai pelitup muka bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka.
Tetapi kini, pemakaian pelitup muka bagi tempat awam kategori kawasan terbuka dan luar bangunan (outdoor) hanya digalakkan dan menjadi pilihan untuk dilaksanakan.
Sekalipun kelonggaran telah diberikan, pastikan anda telah membuat penilaian risiko yang betul dan terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan untuk meninggalkan semua norma baharu yang telah dididik sepanjang tempoh dua tahun yang lalu agar kita dapat bersama mengawal dan mengekang virus ini dari terus merebak.
Sentiasa amalkan pemakaian pelitup muka terutamanya apabila bergejala dan berada di kawasan yang sesak, pastikan jarak fizikal yang selamat terutamanya apabila tidak memakai pelitup muka dan sentiasa cuci tangan menggunakan pensanitasi tangan atau sabun apabila bersentuhan dengan individu yang lain.
Bagi pemilik premis pula, pastikan kitaran udara (pengudaraan) dalam premis yang baik dan mencukupi, sentiasa melakukan aktiviti santiasi pada kawasan yang kerap disentuh oleh orang ramai dan sediakan kemudahan pencuci tangan yang mencukupi untuk semua pengunjung.
Bersama kita memainkan peranan yang lebih baik melalui kawalan kendiri (self regulation) yang berterusan dan berkesan.
Selamat Hari Pekerja dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
* Penulis adalah Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Wed May 04 2022

Sekalipun kelonggaran telah diberikan, pastikan anda buat penilaian risiko yang terbaik sebelum mengambil keputusan meninggalkan semua norma baharu yang diamalkan sepanjang dua tahun lalu. - Gambar hiasan

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

COVID-19 di Mekah terkawal, SOP dilonggarkan
Meskipun terdapat kelonggaran, jemaah Haji Malaysia disaran terus pakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan.

COVID-19: Kelonggaran SOP bukan satu titik akhir perjalanan
Kelonggaran ini bukan titik akhir perjalanan, sebaliknya satu permulaan dalam perjuangan sebenar menentang COVID-19.

Selesa beraya dengan pelitup muka
Mereka lebih selesa memakai pelitup muka walaupun menyambut Hari Raya Aidilfitri di tempat terbuka.

Tempat tumpuan di KL meriah dikunjungi warga asing
Kelonggaran SOP bagi mencegah penularan COVID-19 membuatkan lebih ramai warga asing bersiar-siar di ibu negara.

Kelonggaran SOP: PM nasihat orang ramai terus berhati-hati
Kawalan kendiri tetap perlu dilakukan bagi memastikan kesihatan diri sendiri serta masyarakat sekeliling sentiasa dalam keadaan baik.

Kelonggaran SOP: Media arus perdana perlu sentiasa ingatkan rakyat mengenai bahaya COVID-19 - Annuar
Orang ramai diingatkan supaya tidak leka dengan bahaya ancaman COVID-19 biarpun kerajaan memberi beberapa kelonggaran terhadap langkah kawalan dan pencegahan virus tersebut, mulai hari ini.

COVID-19: Tahap kesihatan semakin pulih, Sarawak sedia hadapi kelonggaran SOP
Sebanyak 6,839 kes baharu dan 41 kes kematian COVID-19 dilaporkan mulai 1 hingga 28 April 2022.

'Masih perlu patuh SOP, jaga diri melawat kubur' - Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan diri termasuk ketika menziarahi kubur.

Sabah guna pakai SOP baharu, lakukan penyelarasan ikut keperluan semasa - Masidi
Sabah akan mengguna pakai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

SOP, protokol COVID-19 baharu: Ini yang anda perlu tahu
Menurut Khairy, semua protokol baharu itu akan mula berkuat kuasa pada 1 Mei ini.