awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: DAP umum senarai calon Sabtu ini

Bernama
Bernama
05/11/2025
10:45 MYT
PRN Sabah: DAP umum senarai calon Sabtu ini
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin (tiga, kiri) menyampaikan replika cek kepada Tia Mee Heng pada majlis program santuni pekebun kecil di Gum-Gum hari ini. - Foto Bernama
SANDAKAN: DAP Sabah akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu ini di Kota Kinabalu.

Ringkasan AI
  • DAP Sabah akan umumkan senarai calon PRN Sabah ke-17 di Kota Kinabalu Sabtu ini, menunjukkan kesiapan parti dan keyakinan terhadap calon yang dipilih.
  • Timbalan Pengerusi DAP Sabah menyatakan pengundi di Sandakan boleh menilai sendiri kehadiran DAP di kawasan tersebut, menjelaskan tiada isu kekurangan keyakinan terhadap parti.
  • Parti bersedia mempertahankan kerusi DUN Tanjung Papat meskipun kehilangan penyandang kerusi tersebut, menunjukkan kesediaan jentera DAP untuk PRN Sabah ke-17.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah Datuk Chan Foong Hin berkata parti itu sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan semua calon yang dipilih untuk mewakili DAP.
Selain itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pengundi di Sandakan boleh menilai sendiri gerak DAP selama ini di kawasan berkenaan.
"Saya ada singgah di Pusat Khidmat Komuniti MADANI di sini dan kita lihat dan rasa kewujudan DAP di sini, jadi tidak wujud isu kita kurang yakin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Santuni Pekebun Kecil Sawit di sini hari ini
Mengenai persiapan parti mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat yang dimenangi sejak 2018, Chan berkata jentera DAP tetap bersedia meskipun penyandang kerusi tersebut Datuk Frankie Ming Fung keluar parti bersama ahli daripada sembilan cawangan pada bulan lepas.
Tanjung Papat adalah antara enam kerusi DUN yang dimenangi DAP dalam PRN Sabah 2020 selain Luyang, Likas, Kapayan, Elopura dan Sri Tanjong.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala tarikh penamaan pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#DAP
#senarai calon
#chan foong hin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan