awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Keputusan kerajaan wajibkan penjawat awam ambil vaksin sah mengikut syarak

Bernama
Bernama
06/10/2021
01:08 MYT
COVID-19: Keputusan kerajaan wajibkan penjawat awam ambil vaksin sah mengikut syarak
Kerajaan boleh mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas penjawat awam atas dasar maslahat (kepentingan). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin COVID-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini, kata seorang pakar syariah.
Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata berdasarkan Siasah Syar'iyah, apabila kerajaan telah mewajibkan penjawat awam divaksinasi maka kelompok yang enggan patuh boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan berkaitan kepentingan umum serta tidak bertentangan dengan syariat.
"Agama Islam melalui bidang Siasah Syar'iyah memberikan hak mutlak kepada pemerintah (kerajaan yang mentadbir) untuk mengeluarkan arahan tertentu dalam menguruskan keadaan darurat seperti penularan COVID-19.
"Tindakan tatatertib boleh dikategorikan sebagai hukuman ringan yang boleh dikenakan oleh kerajaan menurut Siasah Syar'iyah," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Syed Shahridzan berkata vaksinasi adalah demi kepentingan umum dan bukan individu serta memerlukan kerjasama orang ramai untuk menjayakannya kerana sudah terbukti secara saintifik bahawa individu yang tidak divaksin boleh menyebabkan orang lain lebih mudah dijangkiti COVID-19.
"Dalam kes ini, kita menggunakan kaedah fekah 'al-masalahatu al-'ammatu muqaddamatun 'ala al-maslahati al-khaassati' (kepentingan awam lebih diutamakan daripada kepentingan peribadi).
"Kerajaan boleh mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas penjawat awam atas dasar maslahat (kepentingan). Berdasarkan kelebihan yang diperuntukkan oleh Siasah Syar'iyah kepada pemerintah (kerajaan), ia boleh mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas semua rakyat di negara ini," katanya.
Menurut Syed Shahridzan, ini berpandukan kaedah fekah lain yang menyatakan, 'tasarruful Imami 'ala al-ra'iyyati manutun bil maslahati' (keputusan kerajaan untuk rakyat dilaksanakan demi kepentingan mereka).
Beliau berkata majoriti umat Islam di negara ini bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mewajibkan taat kepada arahan pemerintah dalam perkara berhubung kepentingan umum dan tidak bertentangan dengan syariah.
Pada 30 Sept, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataannya memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 dan mereka dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi sebelum 1 Nov 2021.
Menurut JPA, hampir 98 peratus pegawai telah mengambil vaksin manakala kelompok yang masih belum mendaftar adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus melibatkan 16,902 orang.
Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#penjawat awam
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan