awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN selesai lebih 12,000 permohonan dokumen pengenalan diri penduduk pedalaman Sarawak
SPRM dedah sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk, siasatan diperhebat
WEF 2026: Kanada bantah keras tarif AS berkaitan isu Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2026
02:10 MYT
Anak kapal maut selepas kemalangan dalam perlumbaan rentas Atlantik
Baki kru Walross 4 kini menerima rawatan dan sokongan profesional dalam perjalanan ke pelabuhan destinasi, yang tidak didedahkan. - Foto REUTERS
BERLIN: Seorang anak kapal sebuah kapal layar dari Jerman yang menyertai Perlumbaan Rentas Atlantik anjuran Royal Ocean Racing Club (RORC) disahkan meninggal dunia susulan satu kemalangan ketika perlumbaan berlangsung, menurut penganjur pada Selasa.
Menurut kenyataan penganjur, kapal layar Jerman Walross 4 berada hampir di titik pertengahan perlumbaan sejauh 3,000 batu nautika itu apabila seorang anak kapal yang identitinya tidak didedahkan pengsan selepas terlibat dalam kemalangan pada Isnin.
Kapal layar tersebut dikemudikan oleh kapten dari Jerman, Matthias Kahnt, bersama kru pelajar yang kebanyakannya masih baharu dalam dunia pelayaran kompetitif.
Anak kapal yang cedera itu telah dipindahkan ke sebuah kapal komersial berhampiran sebagai sebahagian daripada operasi menyelamat yang diselaraskan, namun dia kemudiannya meninggal dunia, menurut kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak ASV-Berlin, kelab layar yang memiliki kapal berkenaan.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa baki kru Walross 4 kini menerima rawatan dan sokongan profesional dalam perjalanan ke pelabuhan destinasi, yang tidak didedahkan.
Komodor RORC, Deb Fish, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa.
“Bagi pihak Royal Ocean Racing Club, saya merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang anak kapal tersebut,” katanya.
“Fikiran kami juga bersama kru kapal layar ini dalam saat yang amat sukar. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam tindak balas kecemasan atas profesionalisme mereka.”
Perlumbaan itu bermula di pulau Lanzarote pada 11 Januari dan dijadual berakhir di Antigua di Caribbean.
Dalam perkembangan berkaitan, trimaran Amerika MOD70 Argo mencatat rekod laluan baharu apabila menamatkan perlumbaan itu dalam tempoh kurang lima hari pada Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
#perlumbaan rentas Atlantik
#anak kapal
#meninggal dunia
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami