KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil langkah cermat sebelum mengambil keputusan mengisytihar pandemik COVID-19 sebagai endemik di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ia termasuk memastikan kes COVID-19 di Malaysia, terutama melibatkan kemasukan ke hospital ketika ini tidak terus meningkat secara mendadak.
"Kita sedang memantau negara lain seperti Sweden dan Denmark... pada pandangan saya, mungkin mereka terlalu awal isytihar pandemik COVID-19 tamat kerana seperti di Denmark, mereka isytihar COVID-19 bukan satu ancaman kepada kesihatan awam tetapi kes hospitalisation meningkat dengan mendadak.
"Sebab itu saya dan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah) pilih kita lebih berhati-hati... ada yang kata pendekatan kita konservatif dan ada kata terlalu konservatif, tetapi bagi kami, lebih baik bergerak dengan selamat daripada menyesal kemudian nanti," katanya dalam sidang media selepas melancarkan program Mass Urology Surgery Initiative di Hospital Selayang hari ini.
Jelasnya sekiranya dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini gelombang Omicron kurang memberi kesan kepada peningkatan kemasukan pesakit ke hospital dengan kebanyakan kes menunjukkan gejala ringan, mungkin kerajaan lebih yakin untuk beralih ke fasa endemik.
Terdahulu dalam ucapannya, Khairy berkata walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) tidak panik dengan penularan Omicron, namun pelbagai intervensi kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan.
Katanya langkah itu bagi melindungi mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai komorbiditi dan golongan kanak-kanak daripada mendapat kesan serius pelbagai varian COVID-19.
Beliau turut menyeru pihak hospital melakukan vaksinasi 'opportunistic' bagi meningkatkan pengambilan dos penggalak COVID-19.
"Keengganan mendapatkan dos penggalak ketika ini tinggi, jadi kalau mereka (pesakit) datang ke hospital dan sebagainya, mereka perlu percaya dengan kata-kata doktor.
"Jadi, tanya mereka - dah dapat dos penggalak belum, periksa jika mereka (pesakit) ada sejarah alahan dan yakinkan mereka untuk mengambil dos penggalak kerana saya nak liputan dos penggalak kita melebihi 70 peratus dewasa, baru kita rasa selesa sikit nak menghadapi Omicron.
Menurut Khairy beliau merayu kepada masyarakat agar mengambil dos penggalak ini bagi memastikan mereka terus mendapat pelindungan yang lebih berkesan.
"Saya rayu, ambil booster (dos penggalak) kerana dos primer adalah sebagai perisai, namun semakin hari perisai semakin nipis, jadi nak kena tambah ketebalan perisai itu sikit supaya kita dapat berdepan dengan musuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022
Khairy bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) ketika ditemui pada sidang media Majlis Perasmian Program Mass Urology Surgery Initiative (MUSI) di Hospital Selayang hari ini. - Foto BERNAMA
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.
Pemuda Pas beri amaran turun ke jalanan jika sekat kebebasan bersuara
Pemuda Pas memberi amaran akan melakukan protes jalanan sekiranya kerajaan berterusan menghalang rakyat bersuara menyatakan kebenaran.
EPL: Noussair Mazraoui syukur mentalitinya sudah berubah
Perubahan mentaliti sangat penting bagi pemain baharu Manchester United, Noussair Mazraoui, yang mahu meningkatkan tahap permainannya.
Polis sah bekas pelumba negara Elly Idzlianizar maut akibat ditetak, ditikam
Polis mengesahkan Elly Idzlianizar Elias, 40, maut disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam.
AWANI Ringkas: Ganja dalam kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gadis 19 tahun didakwa tekap sudu besi panas pada kanak-kanak di pusat jagaan
Seorang pembantu penjaga kanak-kanak di sebuah pusat jagaan didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Yusoff Rawther akan buat permohonan benar ikat jamin - Peguam
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther akan membuat permohonan agar mahkamah membenarkannya dijamin selepas didakwa mengedar dadah jenis kanabis.
[TERKINI] Komited tangani pencuri, salah guna kuasa
Perdana Menteri menegaskan kerajaan komited dalam urusan undang-undang negara dan sesiapa sahaja mencuri duit atau salah guna kuasa wajar mendapat hukuman.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.