KUALA LUMPUR:Kerajaan persekutuan disaran menyalurkan dana kecemasan bagi menangani situasi lonjakan kes COVID-19 yang semakin meruncing di Sabah, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Presidennya Datuk Dr M. Subramaniam berkata dana tersebut diperlukan bagi menampung peningkatan permintaan bagi Peralatan Perlindungan Diri (PPE), peralatan perubatan, tambahan alat bantuan pernafasan, pusat kuarantin, pengangkutan serta elaun bagi sukarelawan yang bekerja sepanjang masa.
Beliau berkata dilaporkan pada 14 Okt lalu, kadar penggunaan 1,018 katil di sembilan hospital khusus untuk pesakit COVID-19 di Sabah telah mencecah 71 peratus manakala 72 peratus penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di negeri itu setakat Sabtu (17 Okt).
"MMA bimbang dengan melihat jumlah harian kes yang dilaporkan dengan keadaan mungkin meningkat ke tahap kritikal lebih cepat daripada dijangkakan. Kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan itu dan bertindak dengan segera.
"Kami percaya ada kemungkinan lebih banyak yang dapat dilakukan untuk memenuhi keperluan memerangi wabak itu di Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Dr Subramaniam berkata wakil rakyat yang baru dipilih di negeri Sabah harus lebih terlibat dan bekerjasama rapat dengan jabatan kesihatan negeri bagi memastikan penduduk di kawasan masing-masing mendapat maklumat, berada dalam keadaan selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Usaha besar yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat untuk petugas barisan depan di Sabah adalah menyeru rakyat memberi kerjasama dengan duduk di rumah dan mematuhi SOP. Ini akan secara ketara membantu usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19," katanya.
Katanya, koordinasi yang lebih baik antara semua agensi juga diperlukan agar keperluan negeri dapat dipenuhi di semua bidang dan semua bantuan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam diselaraskan dengan baik bagi membantu usaha memerangi pandemik tersebut.
"Kami juga menggesa jawatankuasa pengurusan bencana COVID-19 Sabah untuk mendapatkan kerjasama hospital, klinik dan doktor swasta dalam membantu usaha memerangi wabak ini," katanya.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata persatuan itu baru-baru ini telah melancarkan kutipan Dana COVID-19 Sabah untuk membantu membeli peralatan dan bekalan perubatan serta PPE.
"Sumbangan boleh dibuat diterus ke Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia di nombor akaun United Overseas Bank: 1063057741 (rujukan penerima: Sabah Covid).
"Semua derma melebihi RM250 dikecualikan cukai. Untuk mendapatkan resit, penderma diminta e-mel kepada alamat [email protected] atau WhatsApp nombor 012-28055009 dengan slip pembayaran, nama penuh, alamat dan nombor telefon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
MMA bimbang dengan melihat jumlah harian kes yang dilaporkan dengan keadaan mungkin meningkat ke tahap kritikal lebih cepat daripada dijangkakan. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.