KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara dalam tempoh 24 jam direkodkan sebanyak 4,855.

Jumlah kes baharu positif wabak itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dalam negara sehingga kini sebanyak 458,077, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, jumlah kes harian di Malaysia ialah 4,765.

Berikut pecahan kes baharu mengikut negeri seperti dikongsi Dr Hisham di akaun media sosialnya:

• Selangor - 1,783 (149,612)
• Sabah - 76 (59,149)
• Johor - 467 (49,427)
• WP KL - 521 (48,762)
• Sarawak - 395 (37,121)
• Pulau Pinang - 395 (22,987)
• Negeri Sembilan - 100 (20,248)
• Kelantan - 339 (18,387)
• Perak - 302 (16,337)
• Kedah - 193 (12,015)
• Melaka - 67 (8,345)
• Pahang - 56 (6,070)
• Terengganu - 148 (5,242)
• WP Labuan - 4 (2,501)
• WP Putrajaya - 9 (1,492)
• Perlis - 0 (382)

BERITA LANJUT MENYUSUL