PUTRAJAYA:Selangor menyaksikan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 sejak penghujung September lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan, peningkatan itu dicatat setelah kemasukan dan kepulangan pengunjung dari Sabah.
“Kluster pertama yang dilaporkan di Selangor dalam gelombang ketiga ini adalah Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September 2020 di mana ianya telah melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah.
“Peningkatan kes penularan tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober 2020 dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada siding media perkembangan terkini COVID-19, hari ini.
BACA: COVID-19: 673 kes baharu di Sabah, 132 jangkitan di Selangor, 3 kematian dilaporkan
Katanya, situasi tersebut juga adalah berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi di kalangan penduduk dan pengunjung di Selangor.
Selangor hari ini merekodkan 132 kes positif, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu adalah 3,489 kes.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memaklumkan, kadar kebolehjangkitan atau R-naught di negeri itu berjaya diturunkan dari 1.9 kepada sekitar 1.48 ke 1.5.
Berikut adalah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan (Kluster Hentian):
• Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) adalah kluster jangkitan tempatan, manakala lapan (8) kluster (30.8 peratus) adalah mempunyai perkaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.
• Enam (6) kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober 2020 adalah berkaitan dengan jangkitan tempatan.
• Sembilan (9) dari 26 kluster mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perebakan di tempat kerja (34.6 peratus).
• Satu (1) kluster dikaitkan dengan tempat membeli belah awam (3.8 peratus).
Astro Awani
Tue Oct 20 2020

Selangor hari ini merekodkan 132 kes positif, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu adalah 3,489 kes. - Gambar fail/BERNAMA

Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson mati lemas
Bapa penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah tasik berhampiran rumah percutiannya di bandar Rincao do Inferno, selatan Brazil.

294 majikan di Kedah dikesan gagal sediakan penginapan sesuai kepada pekerja
Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin, kata menteri
Zulkifli berkata, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.

Vaksin COVID-19 jalan terbaik rancak ekonomi
Dengan adanya vaksin, kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan PKP, termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi, kata Datuk Dr Madeline Berma.

KKR belum berhasrat jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Fokus kerajaan ketika ini adalah terhadap proses pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat dan warga asing dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

Tekun Nasional sasar buka 15 Tekun Mart seluruh negara tahun ini
TEKUN Mart memasarkan produk usahawan TEKUN secara terus tanpa orang tengah sekali gus mengatasi masalah usahawan mikro dalam memasarkan produk mereka ke pasar raya besar.

MOTAC adakan perbincangan lanjut berkaitan cadangan perluas gelembung perjalanan
Antara lima negara yang dicadangkan ialah Brunei, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Jepun.

Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020
Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM365.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM1.46 bilion pada tahun sebelumnya.

Cheng Hoe lega saingan Liga-M 2021 bermula 5 Mac
Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini.

Vaksin COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka kembali positif tahun ini
Ekonomi Malaysia bakal menunjukkan prospek yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang berdasarkan prestasi Indeks Pelopor (IP) yang mencatatkan 108.8 mata pada Disember 2020.

Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.

Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli
Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Pengasas aplikasi 'Sugarbook' dituduh esok
Pengarah Pendakwaan Selangor bersetuju untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Kerajaan perlu 'mengepalai' projek mega kembangkan semula ekonomi negara- Amirudin
Kerajaan perlu mengetuai pemulihan ekosistem negara dan pelaksanaan projek-projek mega dalam sektor yang mampu mengembangkan semula ekonomi Malaysia.

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Ang Chin Tat dilantik Naib Pengerusi PN Selangor
Pelantikan itu juga merupakan penglibatan sulung Gerakan di peringkat negeri selepas menjadi anggota PN di peringkat nasional pada 11 Februari lepas.

COVID-19: 10 kluster baharu dikesan, kesemuanya berkaitan tempat kerja
Sebanyak 10 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini, di mana kesemua kluster-kluster tersebut adalah berkaitan tempat kerja.

Pengasas Sugarbook ditahan semula, bantu siasatan kes rogol, persundalan
Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.

Lelaki Indonesia dakwa bunuh, minum darah orang Aceh ditahan
Warga Indonesia berusia 31 tahun itu diberkas pada 5.30 petang semalam di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

MCMC turun padang tangani isu capaian internet di 6 kawasan di 4 negeri
MCMC terus berusaha menangani masalah capaian Internet di seluruh negara bagi memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan internet yang berkualiti dengan melaksanakan tinjuan di lokasi aduan.