KUALA LUMPUR:Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 862 kes baharu positif COVID-19.

Sehubungan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681 kes.

KKM juga memaklumkan, negeri Sabah pula terus mencatat jumlah jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 673 kes (78.1 peratus)

Sementara negeri Selangor pula mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lapan (8) kes dari kluster-kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Dalam masa sama, Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan melaporkan terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19.

Pertambahan korban itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 193 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)