awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes harian, kematian pada Minggu Epidemologi 21/2022 menurun

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
30/05/2022
04:12 MYT
COVID-19: Kes harian, kematian pada Minggu Epidemologi 21/2022 menurun
Bilangan kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 21/2022 menurun sebanyak 4.2 peratus iaiitu daripada 13,630 kes kepada 13,076 kes pada ME-20 - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 21/2022 menurun sebanyak 4.2 peratus iaiitu daripada 13,630 kes kepada 13,076 kes pada ME-20.
Sementara bilangan kes kematian pada ME-21 juga menunjukkan penurunan kepada 34.5 peratus iaitu daripada 29 kes kepada 19 kes.
Dalam satu kenyataan secara mingguan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, purata kes aktif setiap hari bagi ME-21 adalah 25,360 iaitu terdapat penurunan sebanyak 15.1 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Turut catat penurunan adalah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk yang dilaporkan berkurang sebanyak 10 peratus.
Namun penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 17 peratus.
Penggunaan katil bukan kritikal pula tiada perubahan begitu juga dengan penggunaan katil di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) catat tiada perubahan.
Purata nilai R-Naught juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.1 peratus pada ME-21 berbanding minggu sebelumnya.
Kenyataan Akhbar KPK 30 Mei 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia ME 21/2022 (22 28 Mei 2022) https://t.co/tV97udjH28
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 30, 2022
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#Minggu Epidemologi
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan