awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes harian lepasi angka 200, kluster baharu dikesan di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
18/01/2022
08:06 MYT
COVID-19: Kes harian lepasi angka 200, kluster baharu dikesan di Sabah
Jelas Masidi jumlah kes harian COVID-19 di Sabah kembali melepasi angka 200, dengan 201 kes baharu dilaporkan pada Selasa, pertambahan 38 kes berbanding kelmarin. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kes harian COVID-19 di Sabah kembali melepasi angka 200, dengan 201 kes baharu dilaporkan hari ini.
Jurucakap berkaitan COVID-19 Sabah,Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia pertambahan 38 kes berbanding kelmarin.
"Sebanyak 196 daripada 201 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3 dan satu kes lagi dalam Kategori 4," katanya sambil menambah tidak ada pesakit yang berada dalam Kategori 5.
Sementara itu satu kluster baharu COVID-19 membabitkan sebuah institusi pendidikan telah dikesan di Sabah, hari ini.
Jelas Masidi kluster berkenaan telah dikesan di daerah Ranau dan dikenali sebagai Kluster Puri Ranau.
Menurutnya, kes indeks merupakan seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau berumur 19 tahun yang dikesan positif selepas menjalani ujian kendiri akibat bergejala.
"Ujian pengesahan COVID-19 telah dijalankan di mana kes indeks didapati positif.
"Saringan terhadap rakan sekelas dan sebilik kepada kes indeks telah dijalankan dan enam orang lagi didapati positif," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata kesemua pelajar perempuan tersebut berada dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasing serta diberi rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Masidi Manjun
#Kluster Puri Ranau
#Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Ranau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan