awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk

Bernama
Bernama
02/01/2026
14:30 MYT
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Perdana Menteri Poland Donald Tusk mengisytiharkan 2026 sebagai tahun lonjakan bagi Poland, dengan ikrar untuk membentuk angkatan tentera terkuat di Eropah. - Gambar fail/REUTERS
BRUSSELS: Perdana Menteri Poland Donald Tusk mengisytiharkan 2026 sebagai tahun lonjakan bagi Poland, dengan ikrar untuk membentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, merangsang pelaburan infrastruktur serta mengambil pendirian lebih tegas terhadap jenayah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan media tempatan.

Ringkasan AI
  • Poland mengisytiharkan 2026 sebagai tahun lonjakan dengan ikrar untuk membentuk angkatan tentera terkuat di Eropah serta merangsang pelaburan infrastruktur.
  • Perdana Menteri, Donald Tusk, mengumumkan rancangan "Utamakan Poland" dalam perolehan awam serta tindakan keras terhadap jenayah termasuk pengedar dadah dan ahli politik yang korup.
  • Tusk menyifatkan tahun 2025 sebagai titik perubahan bagi Poland walaupun berdepan ketidakstabilan global, dengan Poland dijangka menjadi "oasis keselamatan".

Dalam perutusan Tahun Baharu, Tusk menyatakan bahawa kerajaannya akan mempercepat peluasan ketenteraan, melancarkan projek infrastruktur mega, dan meneruskan apa yang dipanggilnya sebagai "repolonisation" serta pembinaan semula industri utama termasuk sektor pertahanan, lapor TVP World pada Khamis.
"Kami akan mempercepatkan pembentukan angkatan tentera terkuat di Eropah. Kami akan mempercepatkan pelaburan infrastruktur utama. Ini akan menjadi tahun penaklukan pantas Laut Baltik," kata Tusk.
Beliau turut mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan peraturan ketat "Utamakan Poland" dalam perolehan awam.
Tusk turut berikrar untuk mengambil tindakan lebih keras terhadap jenayah, dengan menyatakan bahawa pihak berkuasa akan "memperketatkan tindakan" terhadap semua jenis penjenayah, termasuk pengedar dadah dan ahli politik yang korup.
"Sesiapa sahaja tanpa pengecualian, yang melanggar undang-undang akan menyesal pada tahun mendatang," katanya sambil menambah bahawa Poland akan menjadi sebuah "oasis keselamatan."
Mengulas mengenai tahun 2025, Tusk menyifatkan tahun yang berlalu itu sebagai titik perubahan bagi negara berkenaan meskipun berdepan ketidakstabilan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#poland
#angkatan tentera terkuat
#Perdana Menteri Poland Donald Tusk
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan