KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,010 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam, sekali gus menunjukkan penurunan berbanding 3,074 kes pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan sebanyak 2,808,347 kes dicatatkan setakat ini.
Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 99.1 peratus atau 2,982 kes adalah pesakit Kategori Satu dan Dua, manakala 28 kes atau 0.9 peratus melibatkan Kategori Tiga, Empat dan Lima.
"Sebanyak 182 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 83 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 2,584 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah lebih 2.7 juta.
Tambah beliau, sebanyak tujuh kluster baharu dikesan hari ini, dengan jumlah kluster aktif adalah sebanyak 176.
Setakat tengah malam tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,781 orang, daripada 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Astro Awani
Sun Jan 16 2022

Pertambahan kes itu menjadikan sebanyak 2,808,347 kes dicatatkan setakat ini. - Gambar fail

Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.

Pelancongan | Penerbangan terus ke Sandakan sedang diusahakan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang berusaha merealisasikan penerbangan terus masuk ke Sandakan dari beberapa negara luar termasuk Singapura. Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya mengambil maklum permohonan beberapa pihak mengenai perkara itu.

Kontraktor mengaku tidak bersalah tikam isteri dengan pisau
Tertuduh, Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Banjir N.Sembilan: Dua PPS dibuka di Kuala Pilah
Daerah terlibat banjir adalah di Seremban dan Kuala Pilah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Hampir separuh tidak pasti, tidak mungkin terus ambil vaksin COVID-19 - Kajian
Dapatan kajian itu dijalankan bersama Ipsos; Monash University Malaysia; Sunway University dan Universiti Sains Malaysia.

Pemakaian pelitup muka mungkin dilonggarkan seawal Jun ini - Pakar
Jangkaan tersebut bersandarkan kepada indikator terhadap risiko penularan jangkitan COVID-19 semasa dalam negara.

Buka sempadan: MOT benarkan operasi semula pengangkutan awam Malaysia-Singapura
Ia termasuk semua kelas kenderaan perkhidmatan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, bas pelancongan, bas pekerja serta teksi rentas sempadan.

Tiada dos penggalak remaja 17 tahun atau dos penggalak kedua dan keempat - KKM
KKM menegaskan menjadi dasar kementerian itu buat masa ini menyarankan dos penggalak hanya kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.

Kenapa penting ambil dos penggalak sebelum 1 April? Ini saranan pakar kesihatan
Masyarakat perlu mengambil perhatian berhubung perkara itu, selain tidak mensia-siakan kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan.

COVID-19: 22,341 kes baharu, 85 kematian dicatatkan pada Sabtu
Daripada jumlah kes baharu, 21,817 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 524 adalah kes import.

Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.

Dakwaan suntik 'angin': Jururawat sangat profesional, baik - Khairy
Khairy berharap semua doktor dan jururawat yang terlibat PICKids dilindungi daripada fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

Peningkatan kes positif di Sabah dijangka berterusan sehingga sebulan - Pengarah JKNS
Peningkatan kes positif COVID-19 termasuk di Sabah dijangka akan berterusan sehingga tempoh satu bulan bermula daripada tarikh awal negara melaporkan trend peningkatan bermula penghujung Januari lalu.

Peningkatan kes lebih 7,000 disebabkan gelombang Omicron - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan gelombang daripada varian tersebut tidak memberi kesan gejala yang teruk.