PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, Sabah terus kekal menjadi negeri tertinggi penyumbang kepada penularan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 927 kes diikuti kawasan Lembah Klang dengan pertambahan sebanyak 194 kes.

Berikut merupakan lima perkara penting pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 26 Oktober.

BACA: COVID-19: 1,240 kes baharu, 7 kematian dilaporkan

1. 1,240 kes baharu COVID-19 dicatatkan.

2. Tujuh kes kematiah baharu dilaporkan.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini ialah sebanyak 9,744 kes.

4. 94 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 31 memerlukan alat bantuan pernafasan.

5. Tiga lagi kluster baharu dilaporkan terdiri dari Kluster Kapor, Kluster Hampar, serta Kluster Penjara Tapah.