awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Titah Adendum: ‘So sorry daddy’ - Yana Najib kongsi rasa sedih

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2025
12:30 MYT
[TERKINI] Titah Adendum: ‘So sorry daddy’ - Yana Najib kongsi rasa sedih
Nooryana berharap bapanya dapat bersabar menerima keputusan kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang. - Gambar Instagram Nooryana
KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dukacita atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan bapanya berhubung Titah Adendum.

Ringkasan AI
  • Nooryana Najwa dukacita atas penolakan permohonan Titah Adendum oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Nooryana memberikan sokongan kepada bapanya dan meminta agar beliau bersabar menerima keputusan untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.
  • Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengesahkan Najib akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Titah Adendum.

Nooryana turut berharap bapanya dapat bersabar menerima keputusan kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.
“So so sorry daddy, tak boleh nak bayangkan perasaan daddy pada ketika ini,” katanya melalui hantaran di Instagram miliknya hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan sokongan berterusan dan meminta bapanya agar menjaga kesihatan.
“Banyak bersabar, okay? Kita teruskan perjuangan pada hari-hari mendatang, seperti biasa, jaga kesihatan daddy, itu yang paling penting,” katanya lagi.
Dalam keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching mendapati Titah Adendum berkenaan tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan Najib kecewa dengan keputusan tersebut.
Shafee turut mengesahkan Najib akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 1 April 2024, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujudnya satu perintah tambahan diraja (Titah Adendum) yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Topic Berkaitan
#Instagram
#Najib Razak
#Titah Adendum
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan