KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 21 kes COVID-19 varian Omicron baharu pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) dari 12 hingga 18 Nov lalu.
Daripada jumlah itu, menurut KKM dalam kenyataan hari ini, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).
"Sehingga kini sebanyak 785 kumulatif kes 'currently circulating' VOI iaitu XBB.1.16, XBB.1.5, dan EG.5 dikesan yang terdiri daripada 783 kes tempatan dan dua kes import.
"Pecahan kes merangkumi 143 kes di Sarawak, Selangor (136), Kuala Lumpur (119), Melaka (117), Johor (59), Kedah (52), Pulau Pinang (37), Terengganu (24), Sabah (23), Kelantan (21), Negeri Sembilan (16), Perlis (12), Perak dan Putrajaya masing-masing sembilan dan lapan kes di Pahang," katanya.
Pada masa sama, KKM memaklumkan terdapat peningkatan 28 peratus kes COVID-19 pada minggu itu, iaitu 2,305 kes berbanding 1,801 kes pada ME 45/2023, iaitu 5 hingga 11 Nov lalu.
Selain itu, kadar kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023.
"Pada ME 46/2023 pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula adalah sebanyak 0.7 peratus.
"Sehingga kini, situasi COVID-19 masih terkawal di Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, sehingga ME 45/2023, hasil aktiviti survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) bagi COVID-19 di lokasi seluruh negara mendapati sebanyak 61 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 7.0 peratus.
Manakala sebanyak 69 sampel SARI dengan kadar positif 3.0 peratus pada ME 45/2023.
Afiezy Azaman
Thu Nov 23 2023

Menurut KKM, terdapat peningkatan 28 peratus kes COVID-19 pada minggu itu, iaitu 2,305 kes berbanding 1,801 kes pada ME 45/2023, iaitu 5 hingga 11 Nov lalu. - Gambar fail
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews

UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews

Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.

Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."

Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.

Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.