awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes jangkitan SARI menurun - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/05/2020
10:32 MYT
COVID-19: Kes jangkitan SARI menurun - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus mempergiatkan aktiviti survelan meskipun terdapat penurunan kes COVID-19 dalam kalangan kumpulan pesakit berkenaan.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes positif COVID-19 dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di negara ini menunjukkan penurunan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat minggu epidemiologi (epid) ke-18, sebanyak 9,010 sampel telah diambil melibatkan pesakit kes Influenza (ILI) dan jangkitan SARI.
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, sebanyak 81 sampel disahkan positif COVID-19.
“Bagi pesakit ILI, 14 kes positif COVID-19 dikesan daripada 1,594 sampel (0.94 peratus), manakala pesakit SARI, sebanyak 67 kes positif COVID-19 dikesan daripada 7,416 sampel (0.9 peratus).
“Secara keseluruhannya terdapat penurunan kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit SARI.
“Jika dibandingkan, pada minggu epid ke-13, kadar positif adalah sebanyak 8.7 peratus iaitu 25 kes dikesan daripada 288 sampel SARI, manakala, pada minggu epid ke-18 pula, kadar positif adalah 0.13 peratus iaitu satu kes dikesan daripada 772 sampel SARI,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.
Justeru, beliau berkata KKM akan terus mempergiatkan aktiviti survelan (pengawasan) meskipun terdapat penurunan kes COVID-19 dalam kalangan kumpulan pesakit berkenaan.
"Meskipun begitu, kadar positif yang dikesan melalui aktiviti survelan adalah menurun dan kekal rendah buat masa ini.
"Walau bagaimanapun, pihak KKM menyeru supaya masyarakat tidak leka dengan trend penurunan ini,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ILI
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#PKP
#PKPB
#SARI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan