JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 57.3 juta.

Ini berikutan lebih 650,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 57,343,535.

Setakat pagi Sabtu (21 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 11.83 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.98 juta kes.

Jangkitan positif COVID-19 di Perancis (2,159,978), Rusia (2,023,025), Sepanyol (1,556,730), United Kingdom (1,477,213), Argentina (1,349,434), Itali (1,345,767), Colombia (1,345,767) dan Mexico (1,019,543) pula melepasi satu juta kes.

Setakat pagi Sabtu (21 November), Brazil merekodkan 5.98 juta kes positif jangkitan COVID-19.


Sementara itu, Peru (943,917), Jerman (901,479), Iran (828,377), Poland (819,262), Afrika Selatan (762,763), Ukraine (614,986), Belgium (550,264), Chile (537,585) dan Iraq (531,769) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Indonesia (488,310) , Czechia (484,729), Belanda (480,639), Bangladesh (443,434), Turki (435,273), Filipina (415,067), Romania (403,123), Pakistan (368,665), Arab Saudi (354,813), Israel (327,748), Kanada (321,139) dan Maghribi (316,260).

Sementara itu, sebanyak 27 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.36 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,368,629 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 253,769 kes, diikuti Brazil dengan 168,061 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 132,162 dan 100,104 kes kematian, manakala kematian di United Kingdom mencatat 54,381 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 253,769 kes, diikuti Brazil dengan 168,061 kes.

Sementara itu, negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian adalah Itali (48,569), Perancis (48,339), Iran (43,896) dan Sepanyol (42,619).

Argentina (36,532), Peru (35,446), Rusia (34,980) dan Colombia (34,761) pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.