KAPIT:Ketiadaan makmal menguji sampel saringan COVID-19 di Bahagian Kapit menyebabkan jumlah sampel yang masih menunggu keputusan agak tinggi iaitu 3,050 setakat Rabu.
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kapit, Galong Luang, masalah itu akan dapat diatasi apabila sebuah makmal yang dibina kerajaan negeri siap pada bulan depan.
Jelasnya, setakat ini JPBB Kapit telah melakukan lebih 10,000 sampel ujian saringan COVID-19 melibatkan penduduk bahagian itu dalam tempoh sebulan.
"Daripada jumlah itu, 6,929 sampel adalah negatif manakala 3,050 lagi masih menunggu keputusan makmal.
"Setakat ini, segala sampel akan dihantar ke Hospital Sibu, Bintulu, Miri dan juga ke Kuala Lumpur. Itu yang menyebabkan angka sampel yang masih menunggu keputusan agak tinggi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Tambah Galong, pelaksanaan strategi pengendalian kes COVID-19 yang cekap oleh pihaknya Jawatankuasa membolehkan aktiviti saringan dijalankan secara efektif di Kapit dan Song biarpun berdepan cabaran.
Katanya, JPBB Kapit juga menilai kaedah logistik yang sesuai digunakan bagi memastikan pengesanan kes aktif (ACD) di lebih 600 penempatan di bahagian itu dilakukan secara menyeluruh.
"Seperti yang kita sedia maklum, bahagian Kapit terdiri daripada empat daerah iaitu Kapit, Song, Bukit Mabong dan Belaga yang mempunyai keluasan 38,934 kilometer persegi.
"Penempatan yang berselerak ini menyukarkan kita dari segi atur gerak logistik untuk pasukan kesihatan membuat pengesanan kes. Bagaimanapun kita akan buat yang terbaik," katanya.
Tambah Galong, pelaksanaan PKP di Song dan Kapit memudahkan aktiviti pengesanan kes dengan lebih berkesan.
Fadilah Sulaiman
Thu Feb 04 2021

Setakat ini JPBB Kapit telah melakukan lebih 10,000 sampel ujian saringan COVID-19 melibatkan penduduk bahagian itu dalam tempoh sebulan. - ihsan JPBB Kapit.
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Digital ID: Kerajaan pastikan perlindungan data peribadi, keselamatan siber sentiasa terkawal
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta.

Hujan berterusan di Terengganu, beberapa kawasan di Kelantan, Pahang hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad. Menurut

Lima kampung di Johor dilanda banjir, 538 orang dipindahkan
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Rosak kereta di Stadium MBPJ, tujuh lelaki didenda RM2,000
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.

COVID-19: Ketiadaan makmal di Kapit punca sampel menunggu tinggi
Ketiadaan makmal menguji sampel saringan COVID-19 di Bahagian Kapit menyebabkan jumlah sampel yang masih menunggu keputusan agak tinggi iaitu 3,050 setakat Rabu.