KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) serta pemegang lesen hospital swasta lain dalam masa terdekat berkenaan pengurusan pesakit COVID-19 di hospital swasta.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan berkata pihaknya berharap pemegang taruh swasta akan dapat mengutarakan segala persoalan dan memanfaatkan sesi libat urus tersebut.
Beliau berkata KKM juga akan meneliti beberapa isu serta kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh pihak APHM dalam satu perbincangan awal yang turut disertai pakar klinikal pelbagai bidang KKM pada 13 Jan lepas.
BACA: Proklamasi darurat beri kuasa kerajaan guna aset hospital swasta
Mengulas lanjut, beliau berkata secara dasarnya, pihak APHM yang mewakili pihak hospital swasta telah menyatakan hasrat untuk berganding bahu dan bersedia merawat pesakit COVID-19 di fasiliti masing-masing.
"Saya amat berpuas hati dengan hasil perbincangan dan semangat kolaborasi serta solidariti yang ditunjukkan oleh semua pihak yang hadir dalam mesyuarat tersebut," katanya.
Dr Noor Azmi berkata pada peringkat awal, KKM bersetuju supaya rawatan pesakit COVID-19 berpusat di fasiliti kerajaan, namun pada masa sama, kementerian tidak pernah menghalang mana-mana hospital swasta untuk menawarkan perkhidmatan rawatan bagi pesakit COVID-19.
Bagaimanapun, katanya negara kini sedang menghadapi gelombang ketiga COVID-19 yang jauh lebih mencabar daripada situasi sebelum ini dan sistem kesihatan awam dijangka berdepan cabaran untuk menyediakan perkhidmatan bagi menampung peningkatan ketara kes wabak berkenaan.
Mengikut Ordinan Darurat, KKM mempunyai kuasa untuk mengarahkan hospital swasta merawat pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021

Kementerian Kesihatan berharap pemegang taruh swasta akan dapat mengutarakan segala persoalan dan memanfaatkan sesi libat urus tersebut. - Gambar hiasan

'Kamu adalah hero saya' kata kanak-kanak tersepit kaki kepada bomba
Raydon Koh berterima kasih kepada anggota bomba ketika mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit di dalam saluran paip lubang tandas.

Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.

AS lancar serangan di Syria sasar militan
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Eksport, import Malaysia pada Januari 2021 terus catat pertumbuhan positif
Jumlah eksport Malaysia meneruskan momentum positif selama lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus daripada RM84.1 bilion pada Januari 2020 kepada RM89.6 bilion.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin, kata menteri
Zulkifli berkata, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Kes kembali bawah 2,000, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM 25 Feb
Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

COVID-19: 8 kluster baharu direkodkan, 5 berkaitan tempat kerja
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perindustrian Pelepas (55 kes), Kluster Tanjung Suria (47 kes), dan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

COVID-19: 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes merupakan kes import.

PKPD di tiga lokaliti di Besut ditamatkan - Ismail Sabri
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu akan ditamatkan pada 27 Februari ini.

Lima fokus utama sidang media Ismail Sabri hari ini
Seramai 460 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, 388 daripadanya dikompaun manakala 70 lagi individu direman dan dua dijamin.

Ketua Polis Kuala Muda ketuai penerima suntikan vaksin
Seramai 680 anggota dan pegawai polis di daerah ini sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin ini.