awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi darurat beri kuasa kerajaan guna aset hospital swasta

Fareez Azman
Fareez Azman
12/01/2021
04:10 MYT
Proklamasi darurat beri kuasa kerajaan guna aset hospital swasta
Kerajaan boleh mendapatkan penglibatan lebih inklusif daripada pihak swasta sepanjang tempoh darurat. - Foto fail
PUTRAJAYA:Proklamasi Darurat yang dilaksanakan boleh memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memasyhurkan ordinan penggunaan sumber manusia dan aset hospital swasta bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan lebih inklusif daripada pihak swasta sepanjang tempoh darurat.
"Sepanjang darurat ini jika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal tertentu baginda mengambil tindakan serta merta, maka baginda boleh memasyhurkan apa-apa ordinan yang perlu mengikut keadaan semasa.
"Dalam konteks ini, beberapa ordinan darurat boleh dimasyhurkan dibawah Yang di-Pertuan Agong membendung wabak COVID-19 yang merangkumi penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit COVID-19," katanya dalam peruntusan khas pada Isnin.
PRU, PRN dan PRK tidak akan diadakan dalam tempoh darurat
Tambah Muhyiddin, kuasa dibawa ordinan itu boleh digunakan dalam membantu meringankan beban yang ditanggung Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya di hospital awam apabila jumlah pesakit bertambah setiap hari.
"Sehubungan itu kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan lebih insklusif daripada pihak swasta termasuk kemudahan penjagaan kesihatan swasta, membantu meringankan beban ditanggung agensi kerajaan (KKM) terutama hospital awam.
"Melalui ordinan ini, bantuan yang boleh diperolehi dari pihak swasta meliputi sumber manusia, kepakaran fasiliti, aset makmal ujian dan utiliti," ujar Muhyiddin lagi.
BACA: Teks penuh Pengumuman Khas Darurat oleh PM Muhyiddin
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#PM
#KKM
#Perdana Menteri
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Malaysia
#Ordinan Darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan