PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengenal pasti sebanyak empat lagi kluster baharu penularan COVID-19 di negara ini.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster tersebut:
1. KLUSTER JALAN TUARAN
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran di negeri Sabah.
- Kes-kes bagi kluster ini dikenal pasti positif pada 27 November hasil saringan tempat kerja.
- Seramai 86 individu disaring, 43 kes lagi dikesan positif.
2. KLUSTER JALAN HARUAN
- Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan.
- Kes-kes awal kluster ini dilaporkan positif pada 26 November hasil saringan pekerja-pekerja kilang.
- Seramai 300 individu telah disaring, 118 kes lagi dikesan positif.
- Melibatkan 10 kes warganegara manakala 108 kes bukan warganegara.
3. KLUSTER TAPAK BINA PUTEH LAMA
- Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes-kes kluster ini dikesan positif sejak 26 November hasil saringan bersasar terhadap pekerja tapak pembinaan.
- Seramai 820 individu disaring, 139 kes lagi dikesan positif.
4. KLUSTER BERINGIN
- Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang.
- Kes indeks kluster ini dikesan positif pada 19 November hasil saringan individu bergejala.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dua buah kilang di Pulau Pinang.
- Seramai 3,116 individu disaring, 37 kes lagi dikesan positif.
Dalam pada itu, satu kluster telah diisytiharkan tamat hari ini iaitu iaitu Kluster Omadal.
Kluster ini melibatkan daerah Semporna di negeri Sabah.
Setakat ini, menurut KKM, jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 173 kluster manakala jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 176.
Hilmi Malik
Fri Nov 27 2020

KKM hari ini mengenal pasti sebanyak empat lagi kluster baharu penularan COVID-19 di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA

KL Summit 2021 | Sistem kerajan akan rosak jika ada di tangan pemimpin yang salah
Sistem pemerintahan sama ada monarki mahupun demokrasi tetap akan gagal sekiranya pemimpin yang dipilih tidak mengamalkan nilai yang bagus untuk rakyat dan negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memberi contoh sistem demokrasi di Amerika Syarikat yang gagal apabila diketuai pemimpin yang salah. Ia merupakan antara perkara yang beliau sentuh sewaktu menyampaikan ucaptama bertajuk "A Vision on System of Government" sempena KL Summit 2021 hari ini.

COVID-19 | PKPB mungkin dilaksanakan semula untuk ganti PKP
Kerajaan belum mempunyai cadangan untuk melakukan total lockdown seperti yang tersebar sebelum ini. Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih lagi meneliti perkara itu serta mengambil kira pelbagi faktor dengan cuba untuk menyeimbangkan antara keperluan menjaga ekonomi negara dan rakyat serta mengekang penularan COVID-19. Ia jelasnya, termasuk mengkaji kemungkinan melaksanakan semula PKPB untuk ganti PKP.

KL Summit 2021 | Pemimpin negara Islam perlu kembali kepada ajaran Al-Quran
Tun Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi KL Summit, turut menyentuh mengenai keperluan pemimpin berpegang kepada ajaran Islam, mengikut pandual Al-Quran.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.

Terengganu catat kadar kebolehjangkitan tertinggi - Dr Noor Hisham
Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat semalam.

COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 ialah 700 kes.

COVID-19: 700 kematian secara keseluruhan, ini tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 26 Januari.

PKP 2.0: Suami isteri PJJ dibenar rentas negeri bermula esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran dan kelulusan PDRM berdekatan sebelum melakukan perjalanan.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 26 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 26 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/24671536751611656353887/1887265_27524278141611657048096_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 26 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.

COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 ialah 700 kes.

COVID-19: 700 kematian secara keseluruhan, ini tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 26 Januari.

PKP 2.0: Suami isteri PJJ dibenar rentas negeri bermula esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran dan kelulusan PDRM berdekatan sebelum melakukan perjalanan.

COVID-19: Tiga kematian, kes positif di Sarawak kekal tiga angka
Sarawak melaporkan pertambahan tiga kes kematian akibat COVID-19 menjadikan jumlah kes kematian di negeri itu meningkat kepada 33 kes.

Sambutan Thaipusam secara besar-besaran tidak dibenarkan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan pergerakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan berkenaan.

PKP penuh? Tunggu pengumuman sebelum 4 Februari - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, pelbagai aspek akan diambil kira khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.

Kes COVID-19 di Indonesia sudah melepasi angka 1 juta, dengan 13,094 kes positif baharu
Sejumlah 1,012,350 kes COVID-19 dicatatkan di republik itu, sejak kes pertama direkod pada 2 Mac tahun lalu.

Hormati sensitiviti agama lain teras kerjasama MIC - Pas
Di Kedah, cuti peristiwa Thaipusam telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 oleh kerajaan negeri yang wujud sebelum PN.