awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/04/2023
09:15 MYT
COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
Peningkatan kes dan kluster COVID-19 pada ketika ini berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, kes baharu merekodkan pertambahan kes 3,069 bersama sembilan kluster yang masih aktif. Selain itu, katanya peningkatan kluster yang dicatatkan adalah sebanyak 37.7 peratus.
“Peningkatan kes dan kluster COVID-19 pada ketika ini berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac 2023.
“Peningkatan kes ini juga disebabkan oleh pergerakan masyarakat yang banyak sewaktu musim cuti sekolah yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Selain itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan juga mencatatkan pertambahan sebanyak 24.1 peratus.
Daripada jumlah itu, jumlah bagi pesakit kategori 1 adalah sebanyak 80 peratus.
Tambah Dr Noor Hisham, daripada keseluruhan 17 kluster yang dilaporkan sejak tahun lalu, sebahagian besar daripadanya melibatkan sektor pendidikan.
Dalam pada itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 5,052,337 manakala kes sembuh pula merekodkan sebanyak 5,004,546 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#peningkatan kes
#pembukaan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan