awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM sahkan 22 lagi kes jangkitan varian baharu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
20/06/2021
12:04 MYT
COVID-19: KKM sahkan 22 lagi kes jangkitan varian baharu
Dr Noor Hisham berkatam, kesemua 22 jangkitan varian baharu COVID-19 itu masing-masing terdiri daripada 14 kes varian Beta dan lapan kes varian Delta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 22 lagi kes melibatkan jangkitan varian baharu COVID-19 yang dikesan di Malaysia bagi tempoh bermula 11 sehingga 19 Jun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua jangkitan varian baharu berkenaan terdiri daripada 14 kes varian Beta dan lapan kes melibatkan varian Delta.
“Sebanyak 14 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang telah dilaporkan adalah masing-masing tiga kes di Selangor, Sabah, dan Terengganu, Kedah (dua), dan masing-masing satu kes di Perak, Johor dan Kelantan.
“Lapan kes baharu bagi varian Delta (B.1.617.2) adalah masing-masing dua kes di Johor, Labuan dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu kes di Perlis dan Pulau Pinang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham turut memberitahu, sejumlah 183 kes dilaporkan secara kumulatif bagi kes yang berada di bawah kategori Variant Of Interest (VOI) dan Variant Of Concern (VOC).
Daripada jumlah tersebut, 167 kes merupakan kes VOC manakala 16 lagi kes adalah VOI.
Berikut merupakan perincian kes mengikut kategori:
Variant Of Concern (VOC)
- 137 kes adalah varian Beta (B.1.351) kesemuanya melibatkan kes tempatan. - 21 kes varian Delta (B.1.617.2) melibatkan 12 kes tempatan, sembilan kes import. - Sembilan kes varian Alpha (B.1.1.7) terdiri daripada empat kes tempatan dan lima import.
Variant of Interest (VOI)
- 12 kes adalah varian Theta (P.3) kesemuanya kes tempatan. - Tiga kes adalah varian Eta (B.1.525) kesemuanya kes import. - Satu kes varian Kappa (B.1.617.1) merupakan kes import.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#COVID-19
#jangkitan
#varian baharu
#Delta
#Beta B1351
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan