awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kolej Tunku Kurshiah, tiga lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup 2 hari

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2021
02:18 MYT
COVID-19: Kolej Tunku Kurshiah, tiga lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup 2 hari
Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup selama dua hari bermula Jumaat akibat penularan COVID-19. -Gambar fail
SEREMBAN: Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup selama dua hari bermula Jumaat akibat penularan COVID-19.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, arahan penutupan sekolah itu dikeluarkan kerana terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan guru dan murid.
Beliau berkata, ia membabitkan dua sekolah di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sega dan Kolej Tunku Kurshiah.
"Dua lagi sekolah ialah SK Si Rusa, Port Dickson dan Sekolah Agama Rembau, Rembau.
"Sekolah ini ditutup selama dua hari bagi membolehkan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, dengan pertambahan itu, sebanyak 39 sekolah di Negeri Sembilan sudah diarahkan tutup atas nasihat PKD sejak 22 April lalu.
Bagaimanapun, 11 sekolah sudah dibuka semula, selebihnya masih diarahkan tutup.
"Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan," ujar beliau.
Berita asal: Covid-19: Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekolah tutup
#Negeri Sembilan
#kes positif
#guru
#murid
#Mohamad Rafie Ab Malek
#Kolej Tuanku Kursiah
#SK Si Rusa
#Sekolah Agama Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan