LABUAN: Labuan, pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia kembali ke zon kuning COVID-19 berkuat kuasa hari ini, selepas penurunan ketara kes baharu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata penurunan status dari zon merah (pada 26 Nov) adalah berikutan program kawalan sistematik dan program rumah bebas COVID-19 yang dijalankan oleh jabatan itu.
"Penurunan ketara itu turut disumbangkan oleh program ekosistem hijau COVID-19, dedikasi dan kerja berpasukan kakitangan penjagaan kesihatan terhadap pandemik tersebut.
"Fokus kami sekarang adalah untuk mengembalikan Labuan ke status zon hijau demi kepentingan ekonomi dan pelancongan domestik," katanya kepada Bernama hari ini.
Sehubungan itu beliau menggesa orang ramai di semua peringkat terutama komuniti perniagaan dan pengembara untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Dr Ismuni berkata Labuan telah merekodkan kes baharu satu digit dalam tempoh seminggu lepas iaitu lapan kes pada 20 Dis, 21 Dis (enam kes), 22 dan 23 Dis (tujuh kes), 24 Dis (empat kes), 25 Dis (dua kes) dan enam kes semalam (26 Dis).
"Zon kuning bermakna penularan COVID-19 adalah sederhana, tetapi masih terdapat risiko jangkitan, oleh itu SOP penjarakan fizikal masih diperlukan," katanya.
Beliau berkata petugas kesihatan masih ditempatkan di Lapangan Terbang Labuan dan dua terminal feri Labuan untuk mengeluarkan notis nasihat COVID-19 dan memantau aliran masuk dan keluar pengembara.
Dr Ismuni berkata Labuan masih memantau 54 kes aktif dengan 19 daripadanya adalah kes import.
Labuan merekodkan 164 kes aktif pada 1 Dis dengan 32 kes adalah kes import.
Kawasan diklasifikasikan sebagai zon merah apabila 41 atau lebih kes COVID-19 direkodkan untuk tempoh 14 hari, sementara zon kuning adalah kawasan di mana satu hingga 40 kes dicatatkan dan zon hijau apabila tidak ada kes COVID-19 yang dilaporkan di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Labuan merekodkan 164 kes aktif pada 1 Dis dengan 32 kes adalah kes import. - Gambar fail/Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu
Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan, serta Labuan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.