KUALA LUMPUR:Langkah spesifik yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini dalam membendung penularan COVID-19 perlu diteruskan untuk mengimbangi aspek kesihatan dan pertumbuhan semula ekonomi.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan), Kuwait University, Prof. Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, tindakan tersebut disifatkan lebih baik berbanding melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita harus mengimbangi impak negatif ekonomi, pada masa yang impak daripada COVID-19 harus diseimbangkan.
“Kalau kita dapat mengawal COVID-19 dengan kaedah yang begitu drastik tetapi ekonomi kita jatuh oleh kerana tindakan-tindakan tersebut, ini tidak akan memberikan impak apa-apa kerana ekonomi adalah salah satu struktur penting yang menentukan tahap kesihatan sesebuah negara.
“Apabila rakyat menjadi miskin, ia juga menyebabkan masalah kesihatan yang besar dan ini dibuktikan dalam pelbagai penyelidikan yang dilakukan oleh banyak negara,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata PKP tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh yang panjang memandangkan ia memberi kesan besar kepada ekonomi.
Tambahnya, ia terbukti menerusi laporan Bank Dunia yang mendedahkan sektor pertanian dan perkhidmatan, antara yang terjejas teruk susulan pelaksanaan PKP.
"Dianggarkan lebih 30 peratus dari industri kecil dan sederhana (IKS) mengalami masalah impak negatif disebabkan oleh PKP.
“Pada masa sekarang kita lihat 15 peratus daripada pekerja di sektor perkhidmatan hilang pekerjaan akibat PKP, yang mana pergerakan mereka terhad dan menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka dalam memberikan perkhidmatan yang produktif dan menjana pendapatan,” ujarnya.
Ketika ini, kerajaan melaksanakan PKP Diperketatkan secara bersasar di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes-kes COVID-19 yang tinggi, selain melaksanakan PKP Bersyarat di beberapa negeri dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 02 2020

Ketika ini, kerajaan melaksanakan PKP Diperketatkan secara bersasar di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes-kes COVID-19 yang tinggi, selain melaksanakan PKP Bersyarat di beberapa negeri. - Gambar fail

AWANI Ringkas: UMNO cadang kerajaan sediakan kupon subsidi laptop | Cubaan seludup ayam sejuk beku digagalkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Negara AS
Peguam Negara AS juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Federal di kawasan mereka

Cabaran Artis Muda | Iman Troye rangka strategi sepanjang PKP
Menjadi penyanyi baru saat pandemik melanda negara semestinya mempunyai cabaran yang tersendiri. Bagi penyanyi yang tersenarai sebagai bintang 2021, Iman Troye, strategi tepat perlu dirangka bagi memastikan peminat terus mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

PdPR | MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang serius akan rungutan pelbagai pihak mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Isu PdPR | Sediakan kupon subsidi beli laptop - Shahril Hamdan
Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian laptop bagi membantu pelajar menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, kupon subsidi itu boleh diberikan sebanyak 1,000 ringgit kepada golongan B40 serta 500 ringgit kepada golongan M40.

Sumbangan NGO | Pelajar IPT bantu penduduk terjejas COVID-19
Pelbagai usaha dan bantuan disalurkan kepada orang ramai yang terjejas berikutan pandemik COVID-19. Antara NGO terlibat Youth of Strength & Happiness (YOSH) yang telah tampil menyumbang bantuan kepada lebih 100 penduduk di Teluk Suayon Lahad Datu.

Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

TERKINI: Anwar fail permohonan semakan kehakiman

COVID-19: 3,048 jangkitan baharu hari ini, KKM jangka PKP hanya 4 minggu
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan PKPB dilaksanakan selama tiga bulan untuk memastikan jumlah kes baru turun ke dua angka.

Isu PKP penuh hanyalah perbincangan tidak rasmi dengan MITI - EuroCham
EuroCham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

PPS polis buat pemantauan di sekolah
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM akan sentiasa memantau sekolah menengah yang mula dibuka semalam bagi memastikan pematuhan SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

752 ditahan: Ini perincian pelaksanaan PKP, PKPB seluruh negara
Sejumlah 752 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP dengan 34 daripada mereka direman.

Ahli politik digesa bina pusat digital di rumah, elak risiko jangkitan COVID-19
Semua ahli politik termasuk ahli Parlimen digesa supaya membina pusat digital di rumah masing-masing serta mengadakan sidang akhbar secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi bersemuka.

Selangor umum pakej khas bantu rakyat hadapi PKP 2.0
Dinamakan Pakej Kita Selangor, ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari - Ismail Sabri
Seluruh negara kini berada di bawah PKP kecuali Sarawak selepas Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan.

PKP 2.0: Nekmat tawar potongan harga, khidmat hantar ke rumah
Azrin berkata, inisiatif itu bagi membantu mereka yang memerlukan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah pada harga rendah.