Serangan Israel musnahkan pusat kebudayaan kanak-kanak di Gaza

Serangan udara Israel memusnahkan bangunan Persatuan Pemikiran Kebudayaan dan Kebebasan di Bandar Khan Yunis, selatan Gaza, yang selama bertahun-tahun berfungsi sebagai pusat aktiviti pendidikan dan sosial untuk kanak-kanak. - Foto REUTERS
GAZA: Serangan udara Israel memusnahkan bangunan Persatuan Pemikiran Kebudayaan dan Kebebasan di Bandar Khan Yunis, selatan Gaza, yang selama bertahun-tahun berfungsi sebagai pusat aktiviti pendidikan dan sosial untuk kanak-kanak.
Ringkasan AI
- Serangan udara Israel memusnahkan bangunan Persatuan Pemikiran Kebudayaan dan Kebebasan di Bandar Khan Yunis, selatan Gaza, pusat aktiviti pendidikan dan sosial kanak-kanak.
- Persatuan itu menyediakan sokongan pendidikan, pemulihan psikososial dan program seni kepada ribuan kanak-kanak sebelum serangan Israel, menjadikannya organisasi terkemuka di Gaza.
- Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas pada Oktober menekankan pertukaran tebusan, pembangunan semula Gaza, dan mewujudkan pentadbiran tanpa Hamas, dengan serangan Israel sejak Oktober 2023 mengorbankan ramai penduduk Gaza.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dicapai antara Israel dan Hamas pada awal Oktober berdasarkan pelan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Fasa pertama perjanjian itu melibatkan pertukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin.
Pelan itu juga merangkumi usaha membangunkan semula Gaza dan mewujudkan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan hampir 69,000 penduduk Palestin di Gaza - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - serta menjadikan wilayah itu hampir tidak dapat didiami.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

