KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Ahad, melibatkan tiga kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti dan kluster sekolah serta institusi pendidikan.

Berikut lima tumpuan kenyataan media beliau:

1. Sebanyak 2,195 kes baharu COVID-19 direkodkan, jumlah kes keseluruhan kini 375,054 kes.

2. Lapan kes kematian baharu, jumlah keseluruhan kini 1,378 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi 19,854 kes.

4. Seramai 219 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 90 orang memerlukan bantuan pernafasan.

5. Lima kluster baharu direkodkan pada Ahad.