KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,111,499 atau 31.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,671,828 kanak-kanak atau 47.1 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,909,039 atau 93.5 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,679 atau 96.6 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, sejumlah 16,078,909 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,972,623 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,248,575 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,860 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 7,296 dos pertama, 12,179 dos kedua dan 1,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,784,541.
Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak tiga kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor manakala satu kes di Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,909,039 atau 93.5 peratus telah lengkap menerima vaksinasi setakat semalam. - Gambar hiasan

Ganja di Thailand | Pemuda Muslim Thai bimbang kebenaran akan disalah guna
Sebahagian besar rakyat Thailand masih belum memahami inti pati sebenar undang-undang mengenai usaha dekriminalisasi penggunaan ganja dalam sektor perubatan pelancongan, kata Penolong Pengarah Persatuan Pelajar Muslim Thai, Muyaheedeen Tohseng.

Kes Rasuah | Syed Saddiq cabar kredibiliti keterangan saksi utama
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mencabar kredibiliti keterangan saksi utama iaitu bekas Penolong Bendahari Armada Parti Bersatu kerana didakwa bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MAVCOM | Trafik penumpang capai rekod tertinggi sejak pandemik
Jumlah trafik penumpang udara mencatat rekod tertinggi sejak permulaan pandemik COVID-19 selepas mencapai angka 8.7 juta, pertumbuhan sebanyak 415.6 peratus tahun ke tahun. Menurut laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pertumbuhan ini disebabkan kesan asas yang rendah dengan trafik penumpang pada suku pertama 2021 berjumlah 1.7 juta.

PLUS | Lebih 265 PLUSRonda bakal ditugaskan menjelang Aidiladha
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil langkah proaktif dengan mengerahkan kira-kira 265 pasukan PLUSRonda bagi meningkatkan rondaan terutamanya di lokasi-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya menjelang sambutan Aidiladha. Ia susulan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya pada Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa, terutamanya pada hari-hari puncak iaitu 8 Julai (Jumaat) dan 11 Julai (Isnin).

Dua remaja maut kemalangan motosikal di Taiping
Dua remaja maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal di kilometer (km) 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pada Khamis.

Parlimen | Akta PSA perlu dihidupkan semula - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan dalam Parlimen. Demikian jelas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam wawancara anjuran Bersih dan Majlis Peguam bertajuk 'Gearing Up For GE15: What Reforms Do Voters Want?' secara maya pada Khamis.

Kenaikan OPR | BNM, DOSM diminta beri penjelasan
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Julai 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

Gelombang baharu COVID-19 makin hampir - Khairy
Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Warga emas, golongan berpenyakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua - Khairy
Dijangka berlaku pasang surut kes COVID-19 dan kemungkinan negara ini dilanda gelombang baharu dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan sampingan dos penggalak kedua.

COVID-19: Hampir 1.3 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: WHO sokong vaksin disesuaikan dengan varian Omicron
Vaksin yang disesuaikan dengan varian sedemikian mungkin bermanfaat kepada mereka yang telah menerima siri dos utama.

Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: 33.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,728,942 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam
Sejumlah 1,728,942 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.