KUALA LUMPUR:Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.7 bilion untuk memerangi penularan COVID-19 yang disalurkan melalui 14 kementerian dan kerajaan negeri sejak Februari 2020, dan terus komited bagi memastikan barisan hadapan dan sistem kesihatan mempunyai dana yang mencukupi untuk melindungi rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan tetap komited terhadap usaha menentang pandemik COVID-19 dan bersedia untuk menambah peruntukan, jika ada keperluan.
Daripada jumlah tersebut yang telah diperuntukkan setakat ini, katanya sebanyak RM1 bilion telah disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), RM250 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan RM247 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Kerajaan tidak teragak-agak untuk menambah peruntukan kewangan sekiranya perlu untuk berbuat demikian terutamanya bagi memenuhi keperluan petugas barisan hadapan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di saat gelombang terbaru COVID-19 melanda Sabah, katanya kerajaan, melalui KKM, telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM44 juta untuk mengukuhkan barisan hadapan kesihatan negeri.
"Ini meliputi penambahan peralatan perlindungan diri (PPE), bekalan perubatan, dan kelengkapan perubatan seperti katil pesakit serta alat bantuan pernafasan," katanya.
Beliau berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada NADMA untuk menyokong usaha menangani penularan pandemik tersebut.
Katanya kedua-dua peruntukan tambahan ini selaras dengan komitmen untuk memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan jangkitan COVID-19 di seluruh negara.
Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata kerajaan amat tersentuh dengan sokongan orang ramai, termasuk komuniti perniagaan, yang mendalami semangat #kitajagakita, melalui sumbangan derma berbentuk tunai, makanan, peralatan kesihatan dan pelbagai lagi bagi menangani pandemik COVID-19.
Katanya ini termasuk sumbangan kepada Tabung COVID-19 KKM yang telah diaktifkan semula pada 16 Okt lepas atas permintaan pelbagai pihak yang ingin membuat sumbangan tunai susulan peningkatan kes jangkitan baru-baru ini.
Beliau berkata tabung ini telah dilancarkan buat kali pertama dari 23 Mac hingga 31 Mei 2020.
"Tabung COVID-19 KKM adalah usaha kerajaan untuk memudahcara niat murni rakyat yang ingin memberikan sumbangan secara sukarela.
"Penyediaan saluran rasmi ini juga bertujuan mengurangkan risiko orang ramai ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus memastikan derma yang dihulurkan akan mencapai objektifnya," katanya.
Secara keseluruhannya, katanya sejak Februari 2020, kerajaan telah menerima sejumlah RM44.7 juta dalam bentuk derma daripada pihak individu, perniagaan dan juga pelbagai organisasi.
"Dana ini hanya untuk kegunaan memerangi pandemik COVID-19, dan setakat ini, sebanyak RM33.1 juta telah digunakan untuk pembelian PPE dan kelengkapan perubatan yang dibekalkan kepada institusi kesihatan di seluruh negara," katanya.
Tengku Zafrul turut menyeru kepada semua pihak agar bekerjasama dalam menangani kenyataan dan berita palsu serta mengelak daripada memberikan gambaran yang salah tentang keadaan semasa COVID-19 sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat.
"Apa yang lebih penting adalah untuk kita menumpukan perhatian kepada usaha melindungi nyawa, memastikan kelangsungan kehidupan, perniagaan dan ekonomi dalam norma baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020

Tengku Zafrul berkata kerajaan komited terhadap usaha menentang pandemik COVID-19 dan bersedia untuk menambah peruntukan. -Gambar fail

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

Banjir Sabah: 9 daerah masih terjejas, 673 mangsa dipindahkan
Sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

AWANI Ringkas: Gesaan pembangkang kepada MKN | Amaran MetMalaysia di Sabah dan Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

Bursa Malaysia susut awal pagi kerana kekurangan penyertaan peniaga
Bursa Malaysia mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas.

Global | Alexei Navalny ditahan di Moscow
Pemimpin pembangkang Rusia ditahan langgar syarat hukuman penjara Pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny ditahan di Lapangan Terbang Moscow sebaik tiba dari Jerman pada Ahad. Pegawai Penjara Rusia memaklumkan penahanan itu adalah disebabkan pelanggaran syarat parol dan penangguhan hukuman penjara.

Banjir: Terengganu kini dalam tempoh 'bertenang'
Keadaan monsun telah bergerak ke Bornei iaitu Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini telah menerima hujan lebat ketika ini.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

PKP 2.0: Kita akan jaga punca rezeki Rakyat sebaiknya - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan (MoF) turut memberi jaminan bahawa ekosistem kewangan negara masih berdaya tahan dan mempunyai sistem pengurusan dan pengawalseliaan yang kukuh.

BPN 2.0 mula dibayar 21 Januari ini
Byaran BPN fasa kedua dipercepatkan ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Malaysia terus jadi destinasi pelaburan yang disukai, kata Tengku Zafrul
Komuniti perniagaan antarabangsa dan domestik terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang disukai berikutan kekuatan dan potensi negara ini.

Kerajaan memahami kepentingan FDI - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan.

Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan umum tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) dalam masa terdekat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul bentang Laporan Laksana terakhir untuk tahun 2020
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini menerusi laman Facebooknya, membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-34.

Dewan Negara lulus Belanjawan 2021
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

RUU Perbekalan 2021 dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara
RUU terbabit dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam.