awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2022
09:29 MYT
COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah
261 daripada kes dilaporkan hari ini merupakan kes kategori satu dan dua, sat ukes dalam kategori tiga, dua kes dalam kategori empat manakala satu kes katgeori lima. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di daerah Kuala Penyu, Sabah dengan 24 kes positif dilaporkan termasuk empat kes baharu hari ini.
Menerusi kenyataan Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, kluster Kayul tercetus selepas kes indeks berusia 62 tahun dikesan positif selepas menjalani ujian RTK Antigen.
“Kes indeks telah mengadakan majlis keagamaan bertempat di Kampung kayul dan ia juga dihadiri ahli keluarganya dari Kampung Kebunau dan Kampung Gerowot,’’ katanya.
Selain itu ujarnya, 10 daerah di negeri itu kini mencatatkan kes dua angka dan 11 daerah pula merekodkan kes baharu satu angka manakala enam daerah tidak mencatat sebarang pertambahan kes.
‘’Kota Kinabalu catat kes harian tertinggi pada Sabtu dengan 70 kes diikuti Papar dan Ranau (23), Penampang dan Tuaran (19), Kota Belud (18), Keningau dan Putatan (13) serta Sandakan dan Beaufort (10).
‘’Ini menyaksikan kes harian kembali meningkat hari ini dengan 21 kes lebih tinggi daripada Jumaat menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 265 kes,’’ katanya lagi.
Antara lain, 261 daripada kes dilaporkan hari ini merupakan kes kategori satu dan dua, satu kes dalam kategori tiga, dua kes dalam kategori empat manakala satu kes katgeori lima.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sabah
#Kluster Kayul
#RTK Antigen
#vaksinasi di Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan