KUALA LUMPUR:Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara terawal di dunia yang menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk melakukan saringan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggunakannya sejak Jun tahun lepas dan kit berkenaan dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan ia mematuhi standard yang diperlukan dan kemudiannya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan lebih meluas dalam komuniti.
Muhyidin berkata demikian sebagai respons kepada surat terbuka kepada beliau yang dihantar oleh sekumpulan pakar kesihatan pada 7 Jan lepas dan kumpulan itu antaranya menggesa supaya saringan ditingkatkan dengan menggunakan RTK-Ag dan bukannya kaedah Tindak Balas Rantai Polimer (PCR) untuk membantu mengurangkan penularan COVID-19.
"Sejajar dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu. Saringan RTK-Ag digunakan sebagai ujian penentu di Sabah sejak 5 Okt tahun lepas.
KKM telah menyediakan lima pusat ujian RTK-Ag di Sabah bagi meningkatkan keupayaan ujian RTK-Ag. Sehingga 14 Jan lepas, sejumlah 365,740 saringan RTK-Ag telah dilaksanakan dengan kadar positif 3.75 peratus yang membantu KKM dalam mengurus penularan wabak itu di Sabah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Beliau menambah KKM juga berupaya mengenal pasti kes positif lebih awal, mengasingkan dan merawat mereka serta mempercepatkan aktiviti pengesanan kontak bagi mengurangkan penularan penyakit itu di dalam komuniti.
Sementara itu bagi mengurus penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing, beliau berkata Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk melaksanakan saringan secara besar-besaran menggunakan kaedah RTK-Ag yang membolehkan pengesanan awal kes positif COVID-19.
"Setakat 13 Jan, sebanyak 146,083 saringan RTK-Ag sudah dilaksanakan untuk pekerja asing di bawah Program Saringan Perkeso dengan kadar positif 2.0 peratus dan pengasingan seterusnya," katanya.
Berkenaan makmal diagnostik, Muhyiddin berkata keupayaannya telah ditingkatkan kepada purata 60,000 ujian sehari dengan penyertaan makmal swasta di bawah pemantauan ketat oleh KKM, menggunakan kedua-dua kaedah, iaitu Tindak Balas Rantai Polimer (PCR) dan RTK-Ag.
Makmal berkenaan juga secara rutin menjalankan ujian untuk mengenal pasti varian baharu strain COVID-19 di Malaysia lantas membolehkan KKM menambah baik lagi pengurusan strateginya.
"KKM juga sedang menyelidik kaedah saringan alternatif sebagai contoh ujian air liur dan kaedah-kaedah baharu yang ada di dalam pasaran," katanya.
Perdana menteri memberi jaminan keputusan untuk memindahkan sementara pesakit COVID-19 ke hospital swasta juga akan mengurangkan tekanan kerja petugas di hospital kerajaan yang menggalas bebanan tugas yang berat.
Buat permulaan, Menteri Kewangan, Ketua Pengarah Kesihatan dan lain-lain pegawai kanan kerajaan telah mengadakan satu perbincangan dengan pengurusan kanan hospital swasta yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memulakan inisiatif pemindahan pesakit itu.
"Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan mengadakan perbincangan dengan pengurusan kanan lain-lain hospital swasta menerusi panggilan video dan disertai hampir 400 peserta untuk memulakan inisiatif itu. Saya rasa terharu dengan sokongan segera yang diterima daripada hospital swasta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

Ujian ini membolehkan KKM mengenal pasti kes positif lebih awal, mengasingkan dan merawat mereka serta mempercepatkan aktiviti pengesanan kontak. - Foto fail

Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19
Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.

Penduduk Kampung Melayu Seelong terima air melalui projek Wakaf Air
Pelaksanaan projek melibatkan penyambungan sistem retikulasi dan ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894349/26093765541615250303058_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 9 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech 2. Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN
Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Bola Sepak | Kedah belum tentu beraksi dengan Renan Alves
Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak belum tentu boleh menagih kudrat Renan Alves bagi pertemuan dengan Sabah, walaupun tonggak pertahanan itu direhatkan ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim pada aksi pembuka tirai Liga Super 2021. Aidil turut berkongsi bersama wartawan, Shahrazad Sani tentang situasi kecederaan yang mungkin memaksa pembentukan semula barisan pertahanan termasuk tanpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim.

COVID-19 | WHO tidak sarankan pasport vaksin ketika ini
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19. Ini kerana wujud pertimbangan etika disebabkan ketidaksamarataan dalam pemberian vaksin ketika ini.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Lawatan Arab Saudi | PM tiba di Riyadh, disambut Putera Mahkota
Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dari Madinah di Terminal Diraja disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan.

Liga Malaysia | Penonton boleh kembali ke stadium
Berita baik buat semua peminat sukan bola sepak tanah air apabila anda mungkin boleh kembali ke stadium tidak lama lagi. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Seri Reezal Naina Merican menyatakan KBS bersama Liga Bola Sepak Malaysia, MFL bakal memberi usul "protokol pengurusan penonton" kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN bagi kelonggaran untuk penonton menyemarakkan arena bola sepak musim ini.

Hoki | Pemain THT jalani ujian saringan
Pengendali Terengganu Hockey Team THT, K. Rajan mengesahkan anak buah sudah menjalani ujian swab pada Isnin. Pemain yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini, termasuk penyerang skuad kebangsaan, Faizal Saari, bebas daripada virus itu.

Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19
Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.

COVID-19: AS keluar garis panduan terhadap individu diberi vaksin penuh
CDC berkata mereka yang diberikan suntikan vaksin sepenuhnya boleh berkumpul tanpa memakai pelitup muka atau amalkan penjarakan fizikal.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta, kes kematian 2.6 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29 juta kes positif dan 525,000 kes kematian.

COVID-19: Wujudkan pusat sehenti kesihatan di sekolah, elak penularan
Pusat sehenti itu kelak ia akan membantu benanan guru yang sedanga berdepan kekangan

Kes COVID Flat Sibu Jaya: Masyarakat diminta jangan buat spekulasi
Masyarakat di daerah Sibu diminta agar tidak membuat spekulasi mengenai tindakan bakal diambil ke atas dua flat kediaman di Sibu Jaya.

COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.

Thailand rancang singkatkan tempoh kuarantin bagi pelawat yang mendapat vaksin
Thailand merancang untuk memendekkan tempoh kuarantin mandatori daripada 14 hari kepada tujuh hari bagi pelawat yang telah mendapat vaksin.

Lebih 500,000 penduduk telah dibanci di Sabah - Jabatan Perangkaan
Penduduk di Sabah pada tahun lepas (2020) adalah berjumlah 3.91 juta orang termasuk lebih sejuta penduduk bukan warganegara.

Vaksin COVID-19: Vietnam utamakan petugas kesihatan, diikuti guru dan warga emas
Negara itu pada masa sama berharap dapat memperoleh 30 lagi juta dos vaksin COVID-19 daripada pengeluar sama.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.