awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi hari ini

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/10/2020
10:18 MYT
COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi hari ini
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 710 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 214 kes.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 710 kes baharu COVID-19 juga direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 24,514 kes.
“Daripada jumlah itu, terdapat satu kes import di Kuala Lumpur yang menerima jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari Nepal.
“Berdasarkan angka itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 8,416 kes,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, beliau berkata, Sabah masih merekodkan kes baharu harian tertinggi dengan pertambahan 528 kes diikuti Selangor (62 kes).
Setakat hari ini, katanya sebanyak 90 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 467 kes dilaporkan telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih COVID-19 sebanyak 15,884 kes.
Topic Berkaitan
#malaysia rekod kes kematian tertinggi
#kematian
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#Sabah
#tertinggi
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan