awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari China untuk kegunaan PDRM

Bernama
Bernama
20/03/2020
22:43 MYT
COVID-19: Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari China untuk kegunaan PDRM
HISHAMMUDDIN: Malaysia dan China - air dicincang tidak akan putus! - Gambar fail
Malaysia pada Jumaat menerima bantuan lebih 20,000 peralatan perubatan dari China khusus untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Lagi bantuan peralatan perubatan! Terima kasih sekali lagi kepada China yang menyumbang 1,000 penutup mulut dan hidung, 20,000 'medical masks', 100 pakaian pelindung dan 100 gogal, kali ini khusus untuk anggota Polis Diraja Malaysia PDRM pula.
"Malaysia dan China - air dicincang tidak akan putus!," katanya menerusi catatan di laman Facebooknya pada Jumaat.
Hishammuddin pada Isnin lepas telah menerima kunjungan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian di Wisma Putra, Putrajaya, membincangkan mengenai hubungan Malaysia-China yang perlu diperkukuh demi manfaat dalam pelbagai sektor serta tumpuan terhadap usaha menangani penularan COVID-19.
Kerajaan menguatkuasakan beberapa langkah dalam usaha mengekang COVID-19 daripada terus merebak di negara ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 sehingga 31 Mac ini yang melibatkan peranan PDRM memastikan kelancaran perintah berkenaan.
Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan turut akan menggerakkan ATM bermula Ahad ini bagi membantu PDRM menguatkuasakan perintah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Beijing
#China
#COVID-19
#Hishammuddin Hussein
#kerajaan
#keselamatan
#PDRM
#perubatan
#polis
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan