awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari

Bernama
Bernama
19/01/2026
14:27 MYT
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
Permohonan dalam talian untuk melihat Xiao Xiao dan Lei Lei telah ditutup dengan permintaan untuk hari tontonan terakhir pada Ahad mencecah 24.6 kali ganda slot yang tersedia. - AP
TOKYO: Panda kembar di sebuah zoo di Tokyo akan bertolak ke China pada 27 Jan ini, kata kerajaan Tokyo pada Isnin sekali gus menandakan kali pertama dalam kira-kira setengah abad Jepun tidak menjaga walau seekor panda.
Penempatan panda di Negara Matahari Terbit ini sekian lama dilihat sebagai simbol persahabatan Jepun-Sino.
Menurut Kyodo News, Xiao Xiao dan kakaknya, Lei Lei, akan dibawa dari Taman Zoologi Ueno ke Lapangan Terbang Narita dekat Tokyo untuk terbang ke China. Haiwan itu dijadualkan tiba pada 28 Jan di sebuah fasiliti di China yang menempatkan kakak mereka, Xiang Xiang.
Sejak pasangan panda gergasi pertama tiba di Jepun dari China pada 1972 sempena normalisasi hubungan diplomatik, beruang ikonik itu telah menawan hati ramai orang di Jepun dan membawa manfaat ekonomi sebagai tarikan pelancong.
Permohonan dalam talian untuk melihat Xiao Xiao dan Lei Lei telah ditutup dengan permintaan untuk hari tontonan terakhir pada Ahad mencecah 24.6 kali ganda slot yang tersedia.
Panda kembar itu dilahirkan pada 2021 dan merupakan anak kepada Shin Shin (ibu) dan Ri Ri, kedua-duanya dipinjamkan ke Jepun untuk penyelidikan pembiakan.
Pemilikan anak-anak panda itu diserahkan kepada China walaupun dilahirkan di Jepun.
Kembar zoo Ueno itu menjadi dua panda terakhir di Jepun selepas empat lagi panda di taman hiburan Adventure World di Shirahama, Wilayah Wakayama, berlepas ke China pada Jun.
Prospek untuk pinjaman panda lain tidak menentu di tengah-tengah kemerosotan hubungan Jepun-China berikutan kenyataan Perdana Menteri Sanae Takaichi mengenai Taiwan baru-baru ini.
Kepulangan kembar itu pada akhir Januari diumumkan oleh kerajaan Tokyo pada Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Panda
#zoo Tokyo
#panda kembar
#lei lei
#Xiao Xiao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan