awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Mana CSR (Covid-Community Social Responsibility) anda?

Razak Chik
Razak Chik
12/03/2020
15:39 MYT
COVID-19: Mana CSR (Covid-Community Social Responsibility) anda?
Inilah masanya negara memerlukan setiap rakyat bantu kekang penularan COVID-19.
JIKA warga korporat begitu giat pertingkat usaha CSR (Corporate Social Responsibility atau Tanggungjawab Sosial dan Korporat); di mana letaknya CSR (COVID-Community Social Responsibility – Tanggungjawab Sosial Covid-Masyarakat) dalam kalangan rakyat negara ini?
CSR warga korporat melibatkan penggunaan dana khas yang dibelanjakan untuk mempertingkat kemaslahatan pelanggan dan pihak berkepentingan.
Untung-rugi masyarakat korporat bergantung kepada keupayaan dan kuasa membeli pelanggan serta kebajikan rangkaian pembekal.
Semua pihak saling bergantung dan menjadi tanggungjawab semua agar seluruh masyarakat terus berkongsi kemewahan bersama.
Di selatan tanah air, Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong pada Selasa menegur rakyatnya yang bersikap tidak bertanggung jawab (socially-irresponsible) kerana terus menjalankan tugasan harian walaupun jelas tidak sihat.
Menurut Gan, 35 dari 160 kes positif COVID-19 timbul akibat kegagalan pesakit 'mengurung diri’.
Sebaliknya, mereka terus bertindak keluar rumah, pergi tempat kerja dan berinteraksi bebas di khalayak ramai.
Dalam kalangan mereka, ada yang sedar diri kurang sihat dan menunjuk gejala sesak pernafasan. Namun mereka berdegil, gagal mendapatkan rawatan walaupun jelas menghadapi masalah kesihatan sama ada demam atau selesema. Tindakan mereka menyebabkan penularan COVID-19 bertambah.
Singapura juga bertindak tegas dan mengambil keputusan menutup masjid bermula esok (Jumaat) selama lima hari.
Ini ekoran dua orang dalam kalangan warga Singapura yang hadir majlis perhimpunan kumpulan tabligh di Masjid Sri Petaling pada hujung minggu, kini positif COVID-19.
Gereja Katolik Singapura turut mengambil tindakan menangguh acara 'mass' hujung minggu hingga tarikh yang belum ditentukan.
Tindakan ini diambil setelah penggantungan bermula pada pertengahan Februari. Memandangkan penularan COVID-19 belum reda, penggantungan acara 'mass' berterusan.
Lain pula pendekatan yang diambil Malaysia – solat Jumaat pada minggu ke-2 bulan Mac akan terus berjalan tetapi dengan khutbah dipendekkan mengikut arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Sri Petaling Mohd Salleh Abd Mubin dipetik media mempersoal tindakan mendakwa perhimpunan hujung minggu itu punca penularan COVID-19.
Seramai 10,000 warga tempatan ditambah 1,500 warga asing hadir di perhimpunan hujung minggu itu. Masjid juga mempunyai cabang tahfiz dengan 400 pelajar.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#CSR
#jangkitan
#penyakit
#Singapura
#sri petaling
#tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan