LAPORAN media baru-baru ini memberi gambaran keputusan kerajaan memansuhkan syarat i-Sinar pada 8 Mac lalu telah membolehkan berjuta-juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan masing-masing untuk pelbagai keperluan.
Situasi itu menyaksikan badan berkanun itu telah meluluskan sebanyak RM52.48 bilion di bawah skim i-Sinar dengan RM32.74 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun pemohon setakat 14 Mac lalu.
Jumlah yang dikeluarkan itu mencecah berbilion ringgit. Bermakna rakyat memerlukan sokongan itu untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Malah ia juga menggambarkan rakyat berhadapan dengan kurang simpanan untuk berdepan dengan keperitan hidup.
Kita semua tahu bahawa kerajaan membenarkan pengeluaran itu bagi menangani impak pandemik COVID-19.
Di sebalik banyak kesan yang diakibatkan oleh COVID-19, satu perkara yang memerlukan perhatian kebanyakan rakyat jelata, terutama mereka yang mempunyai majikan atau yang bekerja sendiri adalah simpanan atau kecairan di tangan ketika waktu sukar.
Perkongsian pengalaman dan pemerhatian peribadi saya menunjukkan ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan.
Ia bukan hanya disebabkan oleh kehilangan punca pendapatan atau pemotongan gaji dan sebagainya, tetapi juga tidak ada simpanan yang secukupnya dalam memastikan kelangsungan kehidupan.
Situasi itu bukan sahaja dialami oleh rakyat Malaysia, tetapi hampir di semua negara sehingga membawa kepada sokongan dan bantuan pihak kewangan dalam bentuk pakej rangsangan mengikut keperluan masing-masing.
Apa yang dilihat pada hari ini merupakan satu situasi yang menyedihkan. Sukar untuk dibayangkan apabila paras pendapatan dan simpanan rakyat mengalami kemerosotan yang besar dalam tempoh yang singkat.
Kita pernah mengalami kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan, tetapi nasib yang menimpa orang ramai tidaklah seburuk apa yang disaksikan pada hari ini.
Ini hakikat yang kita hadapi sekarang di sebalik impak pandemik kesihatan paling teruk sedang dialami sekarang.
Sementara kita membicarakan keprihatian hidup di sebalik persekitaran wabak COVID-19 sejak awal tahun lalu, satu perkara yang menarik adalah pandangan yang diketengahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menurut beliau, sejumlah 40 peratus generasi milenial berbelanja melebihi kemampuan mereka.
Perangkaan Bank Negara Malaysia menunjukkan 47 peratus belia Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi.
"Jadi fikir dulu keperluan anda dan buat keutamaan pembelian, sama ada pakaian atau telefon baharu, atau seperti apa yang anak saudara saya mahu iaitu PS5 dan anda akan mendapati setiap ringgit akan pergi jauh.
"Kata-kata (tokoh perniagaan terkenal Amerika Syarikat), Warren Buffett yang agak terkenal adalah, 'jangan simpan baki selepas berbelanja, tetapi berbelanjalah mengikut baki yang ada selepas menabung'.
"Dalam erti kata lain, bayar diri anda terlebih dahulu dan gunakan kuasa pengkompaunan sebagai satu kelebihan," kata beliau ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Kembara Bijak Wang 2020 (KBW 2020).
Tambah beliau, jika seseorang yang berusia 20 tahun ingin memiliki simpanan sebanyak RM1 juta ketika mereka mencecah usia 60, dengan andaian pulangan tahunan enam peratus, dia perlu menyimpan kira-kira RM500 sebulan.
Beberapa bulan yang lepas, malah ketika kita berhadapan dengan pandemik COVID-19, KWSP juga ada menyebut 50 peratus pencarum hanya mempunyai kurang daripada RM200,000 dalam akaun mereka, lebih rendah daripada purata RM240,000 yang sepatutnya dimiliki anggota dalam simpanan asas apabila mencecah umur 55 tahun.
Seramai 50 peratus pencarum pula dikatakan akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas bersara.
Mesej yang diketengahkan oleh Menteri Kewangan itu secara langsung menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, untuk mengukuhkan kelebihan celik kewangan pada diri masing-masing, sama ada bagi mengembangkan kekayaan melalui pelaburan atau melindungi kekayaan mereka melalui insurans atau takaful, kita perlu ada usaha yang konkrit ke arah meningkatkan tahap celik kewangan.
Ia perlu dijadikan satu komitmen jangka panjang, dan sudah pasti ia memerlukan usaha dan sokongan berterusan banyak pihak. Kita perlu secara konsisten menanam budaya menabung dan membuat simpanan sepanjang masa.
Banyak perkembangan dan krisis yang berlaku di hadapan kita telah melahirkan satu keperluan mendesak ke arah itu.
Kesemua pihak yang berkaitan atau pemegang taruh perlu membantu generasi milenial memulakan budaya menabung dan menyimpan demi masa depan mereka, dalam dua tiga dekad akan datang ataupun untuk menghadapi apa jua risiko atau krisis kewangan masing-masing.
Krisis diri boleh datang dalam pelbagai bentuk. Simpanan jangka panjang bukan sahaja akan memanfaatkan diri mereka, malah boleh menjadi sokongan kepada mereka yang bergantung kepada mereka.
Usaha memperkukuh budaya menabung dan menyimpan sangat penting. Meskipun keperluan ini sering ditekankan, sejak kita kecil lagi, tetapi malangnya tidak ramai yang memberi perhatian yang sewajarnya sehingga membawa kepada banyak kesan sampingan.
Salah satu adalah yang berkaitan dengan peningkatan kes muflis atau bankrap dalam kalangan rakyat Malaysia terutama mereka yang masih bekerja dan berusia di bawah 40 tahun. Situasi ini turut merisaukan kita.
Sejak beberapa tahun lalu pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk menyemak semula undang-undang yang berkaitan dengan muflis.
Kerajaan telah membentangkan pindaan Akta Insolvensi 196 khususnya Seksyen 51 yang melibatkan kadar minimum baharu bankrap.
Pindaan itu membolehkan kenaikan nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan daripada RM50,000 kepada RM100,000, sekali gus menjadikan akta itu bersifat lebih responsif dan komprehensif terhadap keperluan dan isu-isu semasa berkaitan insolvensi.
Pun begitu, usaha mengukuhkan budaya menabung perlu dilakukan dan diperkukuhkan. Ramai akan mengaitkan isu muflis dan kurang simpanan dengan aspek kos hidup yang semakin meningkat.
Perangkaan menunjukkan bahawa secara purata, setiap hari dianggarkan terdapat 14 orang yang diisytiharkan muflis di negara ini.
Ramai mendakwa ketidakmampuan menampung kenaikan kos menyebabkan kebanyakan berhadapan dengan tekanan, sekali gus tidak dapat mengurus kewangan dengan baik dan bergantung kepada pinjaman atau hutang yang turut tidak dapat dilunaskan dengan sempurna.
Akhirnya ia membawa kepada isu muflis, yang telah diambil tindakan melalui lunas perundangan.
Banyak pihak juga bimbang bahawa COVID-19 akan membawa kepada peningkatkan bilangan kes muflis. COVID-19 telah menimbulkan keperluan untuk kita kembali kepada asas menyemai budaya menabung dan membuat simpanan sejak dari kecil lagi atau sebaik sahaja kita mula bekerja.
Ketiadaan simpanan yang cukup menjadi satu isu yang perlu dilihat secara menyeluruh.
Usaha meningkatkan kesedaran memiliki simpanan yang secukupnya perlu dimulakan dari kecil. Selain itu usaha mendalami budaya itu perlu dilakukan secara konsisten di semua peringkat.
Kita tidak boleh berhenti daripada menyemai perkara itu selepas tamat era persekolahan, sebaliknya, perlu diperluaskan merangkumi tempat kerja dan menjangkau alam pekerjaan. Majikan juga perlu memainkan peranan dalam perkara ini.
Sebenarnya simpanan bukan sahaja akan memanfaatkan orang perseorangan, malah ia boleh membantu ke arah pembangunan negara dalam jangka panjang.
Pada masa sama, ia akan mengurangkan beban di pihak kerajaan apabila negara berhadapan dengan krisis seperti kemelesetan ekonomi dan kesihatan seperti COVID-19 sekarang.
Meskipun soal menabung dan menyimpan nampak kecil, tetapi perkara tersebut perlu diberi keutamaan demi kelebihan jangka panjang kepada setiap pihak.
COVID-19 telah menyebabkan kejutan kesihatan yang mendalam di seluruh dunia. Banyak keluarga berhadapan dengan isu kemerosotan simpanan.
COVID-19 telah menawarkan satu kajian kes yang perlu diteliti dengan mendalam. Kita perlu merangka satu pelan strategik jangka panjang bagi mengatasi isu ini.
Mengambil kira pengalaman lalu dan pada hari ini, perlu ada pelan krisis bagi menyokong usaha menangani isu tidak cukup simpanan dalam kalangan rakyat, terutama kumpulan pertengahan dan rendah.
Ketahanan kewangan adalah kunci kehidupan.
* Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim merupakan Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Pengerusi Majlis Penasihat Anggota (MAC) Asia Pasifik, World Trade Centre Associations (WTCA).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Irmohizam Ibrahim
Tue May 11 2021
Ketiadaan simpanan yang cukup dalam kalangan rakyat menjadi satu isu yang perlu dilihat secara menyeluruh. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.