awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Menteri Kesihatan tamat perintah HSO - Speaker

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/12/2020
04:50 MYT
COVID-19: Menteri Kesihatan tamat perintah HSO - Speaker
Pada 10 Dis lalu, Dr Adham memaklumkan melalui laman Facebook beliau diperintah menjalani HSO sehingga 18 Dis.
KUALA LUMPUR:Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba disahkan tamat perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Tenggara itu menjalani HSO selama 10 hari seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Dengan mengambil kira tempoh 10 hari bagi HSO ditetapkan KKM, untuk makluman, YB Tenggara (Dr Adham) telah tamat HSO semalam dan beliau boleh ke Dewan Rakyat hari ini.
"Manakala bagi YB Batu (P Prabakaran), hari ini adalah hari terakhir dan boleh kembali ke dewan esok.
"Bagi YB Tapah (Datuk Seri M Saravanan) pula, tempoh HSO adalah sehingga Khamis ini," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Semalam, Dewan Rakyat kecoh susulan kehadiran tiga Ahli Parlimen memakai pakaian pelindung diri (PPE) di Dewan Rakyat untuk sesi pengundian Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa.
Kejadian itu hingga menyebabkan majoriti Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan sebagai tanda protes dan tidak mengundi.
Bagaimanapun, Azhar menafikan beliau sengaja mengubah Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.
Sebaliknya, jelas Azhar, SOP tersebut telah ditetapkan oleh KKM dan malah, ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan juga telah didapati negatif.
BACA: Dewan Rakyat kecoh, tiga Ahli Parlimen 'muncul' dengan PPE
BACA: Tiga Ahli Parlimen diarah pakai PPE, dibawa menggunakan ambulans
Pada 10 Dis lalu, Dr Adham memaklumkan melalui laman Facebook beliau diperintah menjalani HSO sehingga 18 Dis.
Katanya, perintah itu dikeluarkan setelah penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat beliau pada 5 Dis, yang didapati positif COVID-19 dan bergejala.
Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, tempoh kuarantin wajib bagi kontak rapat COVID-19 di negara ini dikurangkan dari 14 hari kepada 10 hari, berkuat kuasa 14 Dis.
Katanya, langkah itu sama seperti dilakukan di negara lain berdasarkan laporan saintifik semasa.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kesihatan
#SOP
#KKM
#Parlimen
#kesihatan
#COVID-19
#HSO
#Adham Baba
#M Saravanan
#Azhar Azizan Harun
#protes
#P Prabakaran
#tamat HSO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan