KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan kepada 5,501 kes untuk tempoh 24 jam yang lalu berbanding semalam yang mencatatkan 6,144 kes baharu.

Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,614,480 kes setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitternya hari ini.



Daripada jumlah kes itu, sebanyak 5,476 kes tempatan manakala 25 kes import melibatkan 13 warganegara dan 12 bukan warganegara.

Sementara itu, sebanyak 6,664 jumlah kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,516,693 kes bersamaan 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, sebanyak 519 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dicatatkan, 267 daripadanya memerlukan alatan bantuan pernafasan.

KKM jelas Dr Noor Hisham turut mengesan tujuh kluster baharu menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 236 kluster.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 98.6 peratus bersamaan 5,423 kes merupakan pesakit kategori 1 dan 2 manakala 1.4 peratus bersamaan 78 kes adalah kategori 3,4 dan 5.