awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 maut bangunan runtuh di Mesir

Bernama
Bernama
26/12/2025
04:15 MYT
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang selepas dua hari operasi pencarian dan pengalihan runtuhan dijalankan secara berterusan. -Foto Bernama
KAHERAH: Jumlah korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman lima tingkat di Wilayah Giza, selatan Kaherah meningkat kepada lapan orang, lapor Xinhua memetik portal berita milik kerajaan Mesir, Ahram Online pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Jumlah korban akibat runtuhan bangunan lima tingkat di Wilayah Giza meningkat kepada lapan orang, menurut laporan Xinhua.
  • Kejadian berlaku di kawasan Imbaba, Wilayah Giza, menyebabkan kerosakan pada bangunan berhampiran dan pengalihan runtuhan dilakukan secara manual.
  • Sebuah jawatankuasa kejuruteraan ditugaskan untuk menyiasat punca runtuhan, termasuk kemungkinan bangunan diubah suai tanpa kelulusan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut laporan itu, pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang selepas dua hari operasi pencarian dan pengalihan runtuhan dijalankan secara berterusan.
Kejadian berlaku lewat Selasa di kawasan Imbaba, sebuah kejiranan padat penduduk di Wilayah Giza dan turut mengakibatkan kerosakan pada beberapa bangunan berhampiran.
Bangunan terjejas telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu penilaian keselamatan.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Wilayah Giza, pihak berkuasa memaklumkan kerja-kerja pengalihan runtuhan dilakukan secara manual berikutan keadaan jalan yang sempit di lokasi kejadian, sekali gus menghalang penggunaan jentera berat.
Sebuah jawatankuasa kejuruteraan khas ditugaskan untuk menyiasat punca kejadian, termasuk kemungkinan bangunan diubah suai tanpa kelulusan atau melanggar peraturan pembinaan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah korban akibat runtuhan bangunan kediaman lima tingkat di Wilayah Giza, Kaherah? A: Lapan orang dilaporkan menjadi korban akibat runtuhan bangunan tersebut.
  • Q: Di manakah kejadian runtuhan bangunan tersebut berlaku? A: Kejadian berlaku di kawasan Imbaba, sebuah kejiranan padat penduduk di Wilayah Giza, selatan Kaherah.
  • Q: Apa tindakan yang diambil pihak berkuasa selepas kejadian runtuhan bangunan berlaku? A: Bangunan terjejas telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu penilaian keselamatan, dan pasukan penyelamat dilaporkan menjalankan operasi pencarian dan pengalihan runtuhan secara berterusan.

Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#Imbaba Wilayah Giza
#Mesir
#lapan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan