KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya kawalan serta keupayaan tindakan kesihatan awam di Sabah, dipertingkat bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan segera.
Perkara berkenaan dinyatakan beliau ketika mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang diadakan mengikut norma baharu menerusi sidang video dari Pejabat Perdana Menteri.
Menurut kenyataan yang dipaparkan di Facebook Muhyiddin, mesyuarat MKN hari ini membincangkan tindakan seterusnya, bagi mengawal dan menguruskan pandemik COVID-19.
"Perdana Menteri turut mengingatkan ahli mesyuarat dan agensi supaya memberi komitmen penuh di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bagi memastikan penduduk terlibat mendapat bantuan barang keperluan yang mencukupi," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, Muhyiddin turut mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-36 pada sebelah pagi, serta taklimat Bajet 2021 pada sebelah petangnya yang diadakan mengikut norma baharu.
Pada mesyuarat MPFN, Perdana Menteri menggesa semua pihak terlibat supaya memudah cara perancangan dan pembinaan infrastruktur digital, terutama di peringkat negeri dan kerajaan tempatan bagi memastikan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi, disediakan kepada rakyat.
"Ini kerana, pandemik COVID-19 menyaksikan kebergantungan yang tinggi kepada liputan jalur lebar yang berkualiti tinggi," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdumuhamedov, dan berbincang mengenai kerjasama dua hala yang telah terjalin sejak 28 tahun lepas.
"Petronas telah bertapak di negara itu sejak 1996 dan merupakan pelabur terbesar dengan jumlah pelaburan mencecah AS$11 bilion.
"Perdana Menteri menyambut baik jemputan Presiden Berdumuhamedov untuk melawat negara tersebut dan menjemput beliau untuk melawat Malaysia setelah situasi COVID-19 pulih," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020
Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya memberi komitmen penuh di kawasan yang dikuatkuasakan PKPD. -Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.