KUANTAN: Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh masih beroperasi seperti biasa walaupun terdapat beberapa bahagian ditutup sementara bagi kerja disinfeksi ekoran penularan wabak COVID-19 di hospital itu, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang.
Beliau berkata penutupan yang bermula semalam hingga 20 Jun ini melibatkan Klinik Pakar Unit Rawatan Harian, Unit Hemodialisis dan Jabatan Rehabilitasi dengan pesakit yang memerlukan rawatan akan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat.
Beliau menjelaskan bahawa penularan jangkitan wabak itu berlaku di wad biasa dengan kes indeks merupakan seorang lelaki berusia 20-an dari Maran yang menjaga bapanya di sebuah wad minggu lalu, bukan daripada wad khas pesakit COVID-19.
"Susulan itu, penilaian risiko telah dibuat ke atas semua pesakit dan kakitangan kesihatan di wad terlibat dengan semua yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kepada kes positif telah dibuat saringan.
"Pesakit yang telah terdedah kepada risiko jangkitan namun masih negatif telah diasingkan di bilik isolasi untuk dibuat sampel ulangan, manakala semua kakitangan yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat dikuarantin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Bahari berkata pihak pengurusan hospital telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan selain wad terlibat ditutup sementara daripada menerima pesakit baharu untuk tujuan dekontaminasi.
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merayu supaya mereka yang bergejala tidak menjaga pesakit di hospital, mengambil iktibar daripada kejadian di HoSHAS.
Kes indeks dalam kes itu disahkan berkaitan dengan Kluster Rantau Kenanga di Felda Jengka 7, Maran dan difahamkan sudah mempunyai gejala namun hanya membuat ujian saringan selepas ibunya disahkan positif.
Setakat Sabtu lalu, seramai 23 orang daripada wad itu disahkan positif, melibatkan sembilan petugas kesihatan, 12 pesakit dan dua penjaga pesakit, selain berlaku dua kematian termasuk bapa kepada kes indeks.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021

Pengurusan hospital telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan selain wad terlibat ditutup sementara daripada menerima pesakit baharu untuk tujuan dekontaminasi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Bekas menteri kesihatan meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [3/12/2023] - Banjir di Kelantan memburuk | Tekanan kepada negara maju menyumbang | Pelaksanaan IDN berbeza | Mangsa maut masih di bawah runtuhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Digital ID tidak rakam cap jari, iris pengguna, kerajaan jamin data selamat
Banjir di Kelantan memburuk, mangsa di PPS lepasi 4,000
Lebih 60 peratus kediaman di gaza musnah dibedil zionis sejak 7 Oktober
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv.
Digital ID tidak rakam cap jari, iris pengguna, kerajaan jamin data selamat
Banjir di Kelantan memburuk, mangsa di PPS lepasi 4,000
Lebih 60 peratus kediaman di gaza musnah dibedil zionis sejak 7 Oktober
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv.

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
The Future Is Female: Women in Science - Women Making Waves in Scientific Discovery
For 25 years, the L’Oréal Foundation and UNESCO have been working together to empower and promote women in science through the ‘For Women in Science’ programme. Malaysia has been part of the programme for the last 18 years, during which over RM1.5 million in research grants have been awarded to more than 51 women scientists in recognition of their achievement in science. On this episode of #TheFutureIs Female Melisa Idris speaks to this year’s Malaysian beneficiaries: Dr Acga Cheng from UM, Dr Che Azurahanim Che Abdullah from UPM, and Dr Elena Azizan from UKM.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.

Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.

Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes

Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.

COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.

6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.

COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.