awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pasukan Hospital Sungai Buloh terima Anugerah Kesihatan Global 2020

Bernama
Bernama
01/11/2020
04:40 MYT
COVID-19: Pasukan Hospital Sungai Buloh terima Anugerah Kesihatan Global 2020
Dr Noor Hisham merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Suresh Kumar dan Dr Shaiful Azman dan seluruh pasukan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh atas pengiktirafan di Global Health Awards 2020. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh, Selangor mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020 baru-baru ini berikutan usaha mereka memerangi pandemik itu.
Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit, Dr C. Suresh Kumar dan Ketua Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh, Dr Shaiful Azman Zakaria, kedua-duanya menerima anugerah itu sebagai pejuang COVID-19.
Berita gembira itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi media sosialnya semalam.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Suresh Kumar dan Dr Shaiful Azman dan seluruh pasukan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh atas pengiktirafan di Global Health Awards 2020. Pencapaian yang sangat membanggakan! Negara mengucapkan terima kasih atas dedikasi, pengorbanan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam usaha kita bersama-sama memerangi COVID-19,” katanya.
Menurut laman sesawang Anugerah Kesihatan Global, anugerah Asia Pasifik serantau itu bertujuan untuk mengiktiraf syarikat dalam pelbagai pasaran serantau yang mengekalkan piawaian yang tinggi secara konsisten dalam menyampaikan penjagaan berkualiti untuk menggembirakan pelanggan mereka di setiap peringkat dan dalam setiap interaksi.
Hospital Sungai Buloh ditetapkan sebagai hospital utama COVID-19 Malaysia sejak pandemik itu melanda negara pada Mac 2020.
Dr Suresh Kumar mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai perunding penyakit berjangkit di Hospital Sungai Buloh manakala Dr Shaiful Azman mengkhusus dalam bidang anestesiologi dan rawatan rapi sejak 1996 dan pernah bekerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kelantan.
Dr Sureh Kumar baru-baru ini berada di Sabah bagi membantu membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#Hospital Sungai Buloh
#Anugerah Kesihatan Global
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Dr C Suresh Kumar
#Dr Shaiful Azman Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan