awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pasukan pakar perubatan China dijangka tiba di Sabah hari ini

Bernama
Bernama
27/04/2020
20:48 MYT
COVID-19: Pasukan pakar perubatan China dijangka tiba di Sabah hari ini
Lapan pakar perunding perubatan dari China dijangka tiba di Sabah pada Selasa untuk berkongsi pengalaman mereka menangani wabak COVID-19, menurut Datuk Frankie Poon Ming Fung. - Facebook @FrankiePoon
Lapan pakar perunding perubatan dari China dijangka tiba di Sabah hari ini untuk berkongsi pengalaman mereka menangani wabak COVID-19, menurut Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Frankie Poon Ming Fung.
"Kami mengalu-alukan kedatangan mereka dan teruja untuk bertemu mereka kerana percaya kami boleh mempelajari daripada pengalaman mereka menangani masalah pandemik ini semasa kunjungan dua hari ke sini," katanya.
Poon berkata demikian kepada pemberita selepas menerima 48,000 unit penutup hidung dan mulut 3 lapisan; 2,000 unit penutup hidung dan mulut KN95; 900 unit penutup hidung dan mulut N95; dan lima alat termometer dari Persatuan Persahabatan Ma-Zhong Sabah di Wisma Tun Fuad Stephens di sini pada Isnin.
Turut hadir Konsul Jeneral Republik Rakyat China Kota Kinabalu Liang Caide.
Sementara itu, Presiden persatuan itu, Dr Oh Ei Sun berkata Ma-Zhong Sabah menghubungi pihak berkuasa berkaitan di China untuk mendapatkan sumbangan material ketika wabak COVID-19 di Malaysia mencapai tahap yang ketara.
Beliau berkata persatuan itu sehingga kini telah memperoleh lebih RM250,000 sumbangan material, yang telah diedarkan kepada pihak berkuasa tempatan yang paling memerlukan.
"Sempena persahabatan yang telah lama terjalin antara Sabah dan China, Ma-Zhong Sabah akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan di Malaysia dan China untuk memerangi wabak itu, termasuk menghulurkan bantuan kepada pasukan pakar perunding perubatan China yang bakal tiba," kata Oh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Datuk Frankie Poon Ming Fung
#kesihatan
#koronavirus
#pakar perubatan China
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan