awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pelajar kolej cetus kluster institusi pendidikan terbaru di Sabah

Bernama
Bernama
31/01/2022
15:06 MYT
COVID-19: Pelajar kolej cetus kluster institusi pendidikan terbaru di Sabah
Sabah mencatatkan satu lagi kluster institusi pendidikan hari ini iaitu Kluster Lorong Api-Api dengan kes indeks melibatkan pelajar lelaki di Almacrest International College Kota Kinabalu. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan satu lagi kluster institusi pendidikan hari ini iaitu Kluster Lorong Api-Api dengan kes indeks melibatkan pelajar lelaki di Almacrest International College Kota Kinabalu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pelajar berusia 18 tahun itu tinggal di asrama kediaman Api-Api Center mula bergejala pada 18 Jan lepas.
"Kes indeks kemudian didapati positif pada 21 Jan dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam untuk tujuan isolasi dan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata saringan terhadap 40 kontak rapat mendapati 25 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kluster itu 34 kes setakat ini.
Beliau berkata semua pelajar yang positif dikategorikan sebagai kategori satu dan dua, dan telah dihantar ke pusat kuarantin untuk mendapatkan rawatan.
Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 10 sekolah dikenal pasti terbabit dalam kluster institusi pendidikan di Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dallas, Kota Belud; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan; SMK Ranau; SMK Sandakan dan SMK Kundasang.
Kluster institusi pendidikan lain ialah SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu; SMK Balung, Tawau; SMK Keningau; SMK Terusan, Lahad Datu dan SMK Tandek 2, Kota Marudu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kluster institusi pendidikan
#pelajar kolej
#Sabah
#Kluster Lorong Api-Api
#Almacrest International College Kota Kinabalu
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan