KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini mengesahkan semua pelajar universiti itu diminta menjalani ujian saringan COVID-19 susulan wujudnya jangkitan wabak tersebut dalam kalangan penuntut di sana.
UniSZA dalam satu kenyataan berkata, hebahan mengenai arahan itu telah dikeluarkan kepada semua pelajar yang ada di kampus dan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Pelajar UniSZA yang berada di kampus dan dikenal pasti sebagai kontak rapat telah pun menjalani ujian calitan.
"Semua pelajar juga telah kuarantin di kolej kediaman masing-masing.
“Bagi pelajar yang berada di kampung halaman pula, mereka juga telah diminta untuk membuat ujian calitan (kontak rapat) dan kuarantin di rumah masing-masing,” kata kenyataan itu pada Selasa.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut berapa ramai pelajar yang disahkan positif COVID-19 dan punca jangkitan.
Sinar Harian difahamkan, selain pelajar, kakitangan universiti itu juga diminta menjalani ujian calitan.
Terdahulu, tular di media sosial satu surat makluman dikeluarkan UniSZA yang mengatakan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus telah mengesan kewujudan kluster melibatkan pelajar UniSZA yang berada dalam kampus.
Susulan pengesanan itu, UniSZA diarahkan supaya memaklumkan kepada semua pelajar yang tinggal di kampus dan pulang ke kampung agar menjalani ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran.
Artikel asal di Sinar Harian: Covid-19: Pelajar UniSZA diarah jalani ujian saringan
Sinar Harian
Tue May 18 2021
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini mengesahkan semua pelajar universiti itu diminta menjalani ujian saringan COVID-19 susulan wujudnya jangkitan wabak tersebut dalam kalangan penuntut di sana. -Gambar fail
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
UniSZA berjaya kumpul sumbangan RM216,000, sedia juadah berbuka percuma
Warga UniSZA mengumpul dana sebanyak RM216,000 bagi melaksanakan program agihan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan ini.
Juruukur didakwa terima rasuah wang, motor Ysuku
Seorang juruukur bahan kanan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Ahad, atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan motosikal.
Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang.
'Minta maaf tak dapat hadir konvokesyen, situasi di Palestin amat bahaya'
Hasrat seorang graduan Palestin untuk menerima skrol PhD tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat menghadiri majlis konvokesyennya di UniSZA.
'Saya tidak tahu isteri, dua anak masih hidup atau terkorban'
Emad berkata, setakat ini isterinya serta dua anak lelakinya tidak dapat dihubungi.
Pelajar UniSZA maut kemalangan dalam kampus
Mangsa, Wan Muhamad Azhar Izzuddin Wan Abdul Razak, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah, maut di lokasi kejadian.
Ribuan ikan mati di tasik UniSZA akibat cuaca panas
Ribuan ikan tilapia ditemui mati di tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada petang Khamis akibat kekurangan oksigen terlarut susulan cuaca panas dan peningkatan muatan organik.
UPSI, UniSZA jalin kerjasama dengan universiti ternama, daulat Bahasa Melayu di London
Ia sebahagian usaha menjadikan Malaysia sebagai pengantarabangsaan pusat pengajian tinggi tanah air dan hab pembangunan bakat.
UniSZA, SME Bank bekerjasama perkasa bidang keusahawanan
kerjasama itu melibatkan program PSH, penyelidikan dan pembangunan kolaboratif serta penawaran kemudahan dan perkhidmatan makmal.
Inovasi Bunga Kantan Flakes raih anugerah tertinggi MPI 2022
Produk Bunga Kantan Flakes yang dihasilkan kumpulan penyelidik UniSZA dengan kolaborasi USM Kubang Kerian itu memenangi Grand Award MPI.