KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) semasa penularan COVID-19 akan dinilai untuk melihat sama ada ia sesuai atau tidak untuk dijalankan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, perkara tersebut akan dinilai oleh Jawatankuasa Pengurusan Pandemik.

Jawatankuasa terbabit terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Tambahnya lagi jawatankuasa ini akan membuat penilaian risiko dan akan mengemukakan syor kepada kerajaan sama ada pelaksanaan PRU itu sesuai atau sebaliknya.

Dapatkan berita-berita berkaitan COVID-19 di sini 

.

Ikuti perkembangan berita Politik Malaysia di sini.

Mengikut rekod semasa, Malaysia mencatakan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,027 pada Khamis.

Dan terbaharu Malaysia mencatatkan sebanyak 2,643 kes dengan 16 kematian yang merupakan rekod kematian paling tinggi setakat ini.

BACA : COVID-19: 3,027 jangkitan baharu, 8 kematian dilaporkan

BACA : Malaysia rekod kes kematian COVID-19 tertinggi, 2,643 kes baharu


[INFOGRAFIK] Gelombang ketiga kes COVID-19 semasa PKPB