KUALA LUMPUR:Penularan pandemik COVID-19 dalam negara terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah jangkitan terbaharu dalam tempoh 24 jam adalah sebanyak 3,027 kes.

Daripada jumlah berkenaan, 3,021 merupakan penularan dalam negara sementara baki 6 jangkitan adalah kes import.

Lonjakan kes tertinggi itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini meningkat kepada 128,465.

Susulan itu, Malaysia buat pertama kalinya mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 25,000 yang mana sejumlah 25,742 kes disahkan setakat ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan lapan kematian baharu dan kini menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 kini bertambah kepada 521.

Sementara itu, jumlah kes sembuh baharu turut catat peningkatan dengan 2,145 lagi disahkan pulih dan menjadikan kesemua kes sembuh kini meningkat kepada 102,723.