IPOH: Manusia perlu peka dengan kewujudan virus COVID-19 yang masih menular dan usah terlalu cepat alpa hingga menjadi cuai dan lalai.
Demikian pesanan disampaikan menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak, mengambil iktibar daripada pepatah Melayu "pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.”
Menerusi teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertajuk 'Mengutamakan Kesihatan Rakyat' itu, jemaah diingatkan, COVID-19 masih berlegar dalam kehidupan seharian dan terus menular dari mangsa ke mangsa, malah sentiasa menjelmakan varian baharu.
"Dalam bahasa mudahnya, virus itu sentiasa berusaha menukarkan bentuk atau sifatnya untuk terus melawan ikhtiar manusia yang mahu menghapuskannya.
"Segala amalan kesihatan yang baik perlu dipatuhi dan setiap nasihat kesihatan perlu diikuti untuk memastikan wabak dan penyebaran COVID-19 tidak kembali merebak.
"Di samping langkah-langkah yang diperkenal oleh kerajaan, rakyat juga wajib berwaspada dan mengambil segala langkah demi memastikan peristiwa pahit yang kita alami semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berulang," katanya.
Menurut teks itu lagi, sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan baharu terhadap perkembangan terkini wabak tersebut, susulan kelonggaran sekatan perjalanan pelawat dari negara China.
Justeru, memahami kebimbangan rakyat, pihak berkuasa kerajaan sedang memantau keadaan secara rapi dan melaksanakan langkah-langkah kawalan untuk membendung penularan virus.
"Terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), iaitu peraturan yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan bagi melindungi diri daripada jangkitan.
"Mendapatkan nasihat pegawai perubatan untuk mengambil suntikan dos penggalak, mengamalkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat yang ramai, sempit serta dalam pengangkutan awam.
"Selain itu, tidak digalakkan bersalaman dengan terlalu banyak tangan dan hendaklah membilas tangan dengan cecair pembasmi kuman yang digunakan untuk mengurangkan agen jangkitan.
"Menukar pakaian dan mandi sebaik sampai ke rumah sebelum menyentuh ahli keluarga, terutama anak kecil dan bayi," katanya.
Khutbah juga menasihatkan ahli-ahli jawatankuasa masjid dan surau supaya mengambil langkah pencegahan dengan memastikan sentiasa berlaku kitaran udara bersih dalam ruang solat.
"Buka tingkap dan pintu untuk seketika, terutama selepas solat Jumaat, dan memastikan aliran air yang bersih untuk berwuduk," katanya.
Mengimbas situasi yang pernah melanda dunia ketika awal kemunculan virus itu, COVID-19 tercatat dalam sejarah sebagai malapetaka yang amat pahit dan memberi kesan besar kepada dunia.
Katanya lagi, pandemik berkenaan bukan sahaja menjejaskan prestasi ekonomi dunia, kehidupan insan, pengurusan kesihatan dan bekalan makanan, malah meninggalkan trauma yang turut menjentik emosi ramai pihak.
"Pelancong hilang destinasi, perantau hilang tuju, pengembara hilang sempadan, kapal merapat ke pelabuhan, pesawat terdampar di hangar, kereta api tersadai di stesen, bunga terasa kehilangan embun pagi, dilonggokkan layu, sayuran dipulangkan ke bumi, dan susu dicurahkan ke ladang; lebih menghibakan berjuta warga dunia kehilangan nyawa.
"Kita turut mengalami peristiwa hitam yang mahu kita lupakan. Banyak pengalaman pahit yang kita alami. Masjid, surau dan rumah ibadat terpaksa ditutup, begitu juga pejabat, universiti, maktab, sekolah, termasuk gudang dan gedung perniagaan.
"Ramai yang menanggung derita, jatuh muflis, kehilangan kerja, terputus pendapatan, perniagaan ditutup, persekolahan anak-anak turut kelam kabut, kelas dalam talian menyebabkan ramai murid yang tercicir sementara guru menghadapi tekanan, dan tidak kurang pula yang kehilangan orang tersayang," katanya.
Jelasnya lagi, pandemik itu hampir melumpuhkan sistem kesihatan di negara ini susulan menghadapi kesulitan untuk mengurus kes jangkitan yang begitu banyak, berbanding kemudahan, peralatan dan tenaga sedia ada yang terhad.
Di samping itu, beban tanggungjawab yang dihadapi para petugas perubatan dan kesihatan barisan hadapan telah sampai ke peringkat yang menyaksikan sebahagian mereka mencecah tahap lesu upaya.
"Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan, kita berjaya menghadapi ujian Ilahi. Dengan rahmat Ilahi, pandemik COVID-19 berjaya ditangani.
"Kita kini sedang melalui fasa pemulihan, bukan sahaja pemulihan ekonomi, tetapi pemulihan semangat dan harapan kerana dapat melalui kehidupan seperti biasa.
"Ekonomi negara semakin dan semoga terus dipulihkan, semoga disusuli kewujudan peluang pekerjaan dan perniagaan yang baharu," katanya.
Aida Aziz
Fri Jan 13 2023

Khutbah Jumaat di Perak hari ini mengingatkan bahawa pandemik COVID-19 bukan sahaja menjejaskan prestasi ekonomi dunia, kehidupan insan, pengurusan kesihatan dan bekalan makanan, malah meninggalkan trauma yang menjentik emosi. - Gambar hiasan

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Rohana dilaporkan sudah pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

COVID-19: Biden tandatangan RUU, pengubahan status asal usul wabak
Biden berkata pentadbirannya akan mengambil kira keselamatan negara apabila memutuskan perkara yang akan dikeluarkan.

Penasihat WHO gesa China beri semua data asal usul COVID-19
Urutan itu mencadangkan bahawa anjing rakun terdapat di pasar itu dan mungkin juga telah dijangkiti oleh koronavirus.

Pengalaman petugas HKL hadapi COVID-19 dibukukan
Pengalaman petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) melawan wabak COVID-19 tiga tahun lepas diceritakan dalam sebuah buku bertajuk 'Coffee Table Book COVID-19 HKL' yang dilancarkan hari ini.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.

Trend kejadian keracunan makanan di Perak meningkat tahun lepas
Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini pula, sebanyak enam kes keracunan makanan dicatatkan.

Pulau Pinang yakin capai pertumbuhan KDNK 5.4 peratus menjelang 2025 - Ketua Menteri
Pulau Pinang 2030 akan meningkatkan keupayaan negeri untuk memenuhi unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 5.4 peratus menjelang 2025, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

CEO Pharmaniaga letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope telah meletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Malaysia bakal hantar 677 atlet ke Sukan SEA Kemboja 2023
Malaysia bakal menghantar 677 atlet (403 lelaki, 274 wanita) dan 237 pegawai ke Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.

Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi nyahklasifikasi asal usul COVID-19
DEWAN PERWAKILAN AS SEBULAT SUARA UNDI NYAHKLASIFIKASI ASAL USUL COVID